Wednesday, July 10, 2013

Selamat Beramal di Ramadhan 1434H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah. Kini kita telah pun berada dalam penghulu segala bulan, iaitu bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat-sangat dinantikan oleh orang yang soleh.

Bulan Ramadhan merupakan musim pesta ibadah. Ini adalah musim di mana rahmat Allah mencurah-curah padanya. Kelebihan Ramadhan tergambar melalui hadis dari baginda Nabi SAW yang baginda sabdakan saban kali tibanya Ramadhan. Sabda baginda,

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, 

"Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "

"Jika umat manusia itu mengetahuk akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat taraweh, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

Moga amalan kita tahun ini lebih baik daripada tahun tahun lepas
Amen amen amen

Selamat Berbuka

WASSALAM

8 comments:

  1. Apa rasa kalau kita makan kurma yang baru petik dari pokok tu..memang manis ke??

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk...selamat berpuasa yer...;)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum atuk...selamat berpuasa yer...:)

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Ramadan buat Atuk sekeluarga...Moga moga kita terus istiqomah menambah amalan kita, makin banyak menuju ke 10 hari terakhir...Insya Allah

    ReplyDelete
  5. Salam tok

    Alhamdulillah

    Baru selesai terawih tadi di sini, sekejap je dah satu hari berpuasa

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Atuk...

    Selamat menjalani ibadah puasa dan beramal ibadah buat atuk sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. tidur org yg berpuasa jugak dikira sbg ibadah...begitu pemurahnya ALLAH..

    (tp bukanlah tido dari pagi hingga ke petang hehe)

    ReplyDelete
  8. ameen..tq atuk atas perkongsian berguna..selamat berpuasa juga atuk sekeluarga...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...