Monday, February 24, 2014

Kak Ngah Memulakan Tugas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah....setelah enam bulan menganggur, pada 10 Februari 2014 Kak Ngah dipanggil untuk menjalini Kursus Induksi selama seminggu dan pada 17 Feb. melapor diri di PPUM. Buat sementara ini duduk di asrama PPUM.

Minggu lepas bekerja daripada pukul 6.00 pg hingga pukul 12.00 tgh malam dan sabtu ahad daripada pukul 6.00 pg hingga pukul 5.00 ptg. Tapi dengar suaranya melalui hp nampak happy ajer.




Tips menjadi Insan Cemerlang - Dr Fadzilah Kamsah

Tips Menjadi Pekerja/Insan Cemerlang: 

1. Pasang niat/doa untuk jadi yang terbaik dan jadi aset kepada dunia.
2. Berlapang dada dan bersihkan hati.
3. Bertindak dan berubah sekarang. 
4. Jangan melawan fitrah (don’t go against nature) 
5. Semua masalah berpunca dari diri sendiri (kita yg patut nilai diri kita/berubah) 
6. Keyakinan (doa yang paling mustajab) 

Tips2 Kecermelangan utama: 

1. Hati/niat yg murni 
2. Minda cerdas/positif 
3. Usaha dan tindakan cemerlang 
4. Penampilan anggun 
5. Hubungan yang cemerlang 
(sentiasa maafkan org, doakan untuk org, bantu org, ceriakan org, bangunkan org) 
6. Ibadah dan doa 
7. Guru yang cemerlang 
8. Bentuk budaya terbilang 

Tips Mengenal Diri Kita Yang Sebenar: 

Cara Kenal Diri: 

1. Nama dan maknanya – nama yang disebut ada maksud dan merupakan doa harian 
2. Perawakan fizikal mencerminkan peribadi 

Cuba tengok telapak tangan kanan anda bagi lelaki dan telapak tangak kiri bagi wanita. Jika jari manis lebih tinggi dari jari telunjuk membawa maksud anda seorang yang lembut hati dan kalau sebaliknya anda seorang yg keras hati. Bagi yg keras hati, kita berusaha merubah diri kita… 

3. Tarikh lahir cerminkan peribadi 

Bagi yg lahir Bulan Ganjil (1,3,5,7,……11) 
bermaksud seorang yg tenang, suka bersendirian, seorang yg sistematik, sabar dan strong character. 
Tetapi kalau bulan 5, 9, dan 11 ia lebih kepada seorang yg tegas dan sedikit keras hati 
(tegas dlm sesuatu keputusan) 

Bagi yg lahir bulan genap (2, 4, 6....12) bermaksud seorang yg laju/kelam kabut.
Tetapi bagi yg bulan 2,4,8,12 agak keras dan extra sensitive. 

Bagi yg lahir antara 18hb hingga 23hb dalam mana-mana bulan bermaksud makhluk 2 alam. 
Ada karakter bulan ganjil dan bulan genap. (ada 2 perangai) 

4. Grafologi sebagai asas kenal peribadi: 

Tulisan besar bermaksud = berani, pemurah, caring, mudah jadi pemimpin. 

Tulisan kecil = pemalu dan sensitif tetapi penyayang. 


Petua Untuk Sentiasa Ceria: 

1. Berdoa dan pasang niat untuk sentiasa ceria dan bersemangat 
2. Maafkan semua org sebelum tidur setiap malam 
3. Programkam minda sebelum tidur setiap malam 
4. Apabila bagun tidur terus senyum dan berdoa 
5. Cari Butang Hijau – perkara-perkara yg menarik setiap pagi/membahagiakan.
Cth dengar lagu....atau bagi yg dah kahwin peluk suami/isteri/anak 10 saat atau yang belum kawin peluk ibu/bapa..( jgn peluk boyfriend/ girlfriend) 

Masing2 kita ada kelebihan dan kekurangan. So, kita sendirilah yg kena bantu diri kita untuk berubah... renung2kan dan selamat beramal....

Sumber di sini Mawar_Ungu



WASSALAM

10 comments:

  1. Salam Atuk,

    Tahniah kerana dianugerahkan anak seorang Doktor.
    Selamat melangkah ke alam pekerjaan untuk Kak Ngah.
    Lepas nie boleh menerima menantu kedua plak hehe

    ReplyDelete
  2. sebagai ibu,saya tumpang berbangga..tahniah..:)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum atuk...tahniah2 sebab anak2 dah berjaya...penerangan yg sgt baik buat semuanya...:)

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk Kak Ngah dan jugak kedua ibu & ayahnya..

    Makchaq tumpang gembira...

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH buat ATUK dan Isteri..Berkidmat dgn cemerlang yer Kak Ngah..tahniah utk Kak Ngah...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Kak Ngah dan Atuk serta famili

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Tahniah, kakngah!
    Nak mintak MC sebulan, boleh?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Atuk..

    Alhamdulillah. Tahniah buat Kak Ngah dan Atuk sekeluarga..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum atuk

    pic kedua tu, tingkat 1 tu opis saya...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...