Tuesday, October 11, 2011

Doa Diterima Dalam Tiga Bentuk


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dalam dunia blog ini, baru pertama kali menyertai contest.
Tanda memberi sokongan disamping menyerikan dunia bloger.
Contest Kak Ina KL menjadi pembuka tirai


Disamping doa kekawan dalam N3 ini
penyertaan saya telah dipilih menjadi pemenang no 4
keputusan penuh dalam N3 ini

Terima kasih sekali lagi kepada kawan kawan semua



Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :
"Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsurkan maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga : samada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya di hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya satu keburukan seumpamanya".

Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda itu, mereka lantas berkata :
"Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!".

Kata baginda :
"Demi Allah, banyakkanlah berdoa".
(Riwayat Ahmad)

Justeru, manusia selalu tidak menyedari, doanya telah diperkenankan oleh Allah, tetapi dalam bentuk lain. Dia perlu meyakini apa yang ditentukan oleh Allah itulah yang terbaik untuk dirinya di dunia dan akhirat.

rujukan: Darul Fuqaha


Wassalam

Monday, October 10, 2011

Cara Membantu Mereka Yang Sudah Meninggal-Umrah 2011-27

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Boleh dikatakan setiap selepas solat lima waktu di Masjid Haram, kita akan mengerjakan solat jenazah. Ini panorama yang sempat saya rakam semasa mengerjakan umrah pada bulan Mei yang lalu.


Di depan Dataran Masjidil Haram



Jenazah dibawa ke dalam masjid



Kawasan jenazah disolatkan





selepas solat, jenazah dibawa keluar




Dihadapan bangunan ini (mukin bilik Imam/Bilal) jezah diletakan


Terdapat beberapa cara yang membolehkan orang yang masih hidup membantu mereka yang sudah mati.


Pertama: Doa orang yang masih hidup untuk si mati.

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu.
(Al-Hasyr ayat 10)

Di samping itu, anjuran solat jenazah merupakan satu bukti kukuh. Ini kerana intipati bacaan di dalam solat itu sendiri merupakan satu doa buat si mati. Dan tidak dinafikan, solat jenazah adalah amalan Nabi saw dan banyak hadis-hadis shahih menceritakan mengenainya.


Kedua: Membayar hutang puasa si mati.

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ibu saya telah mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) selama sebulan, bolehkah saya mengqadha puasanya itu?"
Baginda menjawab: "Boleh, (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang (manusia kepada) Allah lebih berhak diselesaikan.
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)


Ketiga: doa anak yang soleh/solehah,

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)


"Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti: Mewaqafkan sebuah kebun,mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah, rumah waqaf, hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.


Keempat: melangsaikan hutang harta si mati

Orang ramai boleh juga membantu si mati dengan cara melangsaikan hutang harta si mati. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kebolehan tersebut.

Di dalam satu hadis sahih yang bermaksud:

Berkata Jabir bin Abdullah rh: Telah meninggal dunia salah seorang daripada kami, lalu kami mandikannya, kapankannya dan kemudian kami letakkan jenazah di tempat yang biasa diletakkan jenazah iaitu di Makm Jibril untuk diselesaikan oleh Rasulullah saw. Dan kami memaklumkan kepada baginda untuk disolatkan jenazahnya. Lalu baginda pun datang mendekati jenazah lalu bertanya kepada kami, Barangkali jenazah ini ada meninggalkan hutang. Lalu kami jawab, Benar, ya Rasulullah. Ada 2 dinar. Rasulullah saw berundur dan bersabda, kamu sahajalah yang menyembahyangkan jenazah sahabatmu ini. Lalu salah seorang daripada kami yang di panggil Abu Qatadah berkata, Ya Rasulullah, kedua-dua dinar hutang jenazah ini adalah tanggungjawab saya. Kemudian Rasulullah bersabda lagi, Mula sekarang, 2 dinar itu menjadi tanggungjawab engkau, Abu Qatadah dan engkau mesti ambil dari wang kau sedangkan jenazah ini bebas daripada kedua-dua dinar itu? Jawab Abu Qatadah, Benar, ya Rasulullah. Setelah mendengar pengakuan daripada Abu Qatadah bahawa ia bertanggungjawab melunasi hutang jenazah tersebut, barulah Nabi saw melakukan solat jenazah ke atas si mati. Dan diriwayatkan, pada keesokan harinya, Rasulullah saw bertemu akan Abu Qatadah dan bertanya kepadanya, sudahkah kau lunasi hutang jenazah semalam? Abu Qatadah menjawab, Wahai Rasulullah, bukankah dia baru sahaja meninnggal dunia semalam. Kemudian setiap hari apabila Nabi saw bertemu Abu Qatadah maka akan ditanya, Apakah kamu telah lunasi hutang 2 dinar itu? Jawab Abu Qatadah, telah aku lunasi hutang itu. Mendengar akan jawapan Abu Qatadah, Rasulullah saw bersabda, Sekarang barulah dingin kulitnya kerana azabnya baru sahaja diangkat kerana hutangnya telah selesai.


Kelima: Amalan baik anak sendiri

Hadis Aisyah r.a:
Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Benar!

Sahih Muslim


Kesimpulan

Inilah cara-cara membantu orang yang telah mati secara ringkas. Tidaklah saya nukilkan kesemua dalil dari Al-Quran dan Hadis kerana tujuan sebenar saya masukkan artikel ini di dalam diskusi Isu Talkin ini adalah agar kita tahu apakah amalan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis Sahih semata-mata.

rujukan: disini


Wassalam

Friday, October 7, 2011

Memuliakan Tetamu-Umrah 2011-26


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dihari yang ketiga samasa saya di Makkah, saya dijemput oleh Tuan Haji Mohd Arshad, panggilan manjanya Datuk Bandar Makkah, untuk makan malam bersama keluarga beliau beserta dengan bekas Datuk Bandar K. Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan (2007-2008)


Blog Tuan Haji Mohd Arshad Kehidupan Makah II


Datuk Ab Hakim Borhan (memakai kain pelikat)


Terima kasih banyak banyak Tuan Haji Arshad dan keluarga kerana meraikan kami
moga dipermajukan lagi perniagaan Tuan haji


BAB MEMULIAKAN TAMU

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata: Aku sangat menderita kebuluran. Rasulullah s.a.w menghantarkannya kepada salah seorang isteri baginda, tetapi dia (isteri baginda) berkata: Demi Zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku hanya mempunyai air. Rasulullah s.a.w menyuruh menanyakan kepada isteri baginda yang lain, tetapi mendapat jawaban yang sama. Kesemua isteri baginda memberikan jawapan yang sama: Tidak, demi Zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku tidak mempunyai satu apapun kecuali air. Rasulullah s.a.w lalu berkata: Sesiapa yang memberi makan orang ini, Allah akan merahmatinya. Seorang lelaki dari golongan Ansar berdiri dan berkata: Aku, wahai Rasulullah. Lalu diajaknya orang itu ke rumah beliau. Lelaki itu menanyakan kepada isterinya: Adakah kamu mempunyai sesuatu (dimakan)? Jawab isterinya: Tidak ada! Kecuali makanan untuk anak-anak sahaja. Dia berkata lagi: Sibukkanlah mereka dengan sesuatu. Apabila tetamu kita masuk, padamkanlah lampu dan tunjukkanlah yang kita seolah-olah sedang menghadapi makanan. Apabila dia hendak makan, maka hampirilah lampu dan matikanlah. Merekapun duduk, sementara tetamu mereka makan. Pada keesokan harinya mereka bertemu dengan Nabi s.a.w dan baginda bersabda: Allah benar-benar bangga terhadap perbuatan kamu berdua terhadap tetamu kamu malam tadi .



Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :
"Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat,
ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda
"Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya
jamuan tambahannya." Mereka bertanya :
"Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah"
Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya"
Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa
yang lebih dari itu, adalah sedekah.".
Beliau bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman
kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah
dia mengucapkan perkaan yang baik atau diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim


Wassalam

Wednesday, October 5, 2011

Beras Terbakar, Padang Matsirat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada petang ahad yang lepas, semasa merehatkan minda setelah penat berbengkel. Kami sebuah kereta pergi ke Padang Matsirat untuk menemankan Bendahari untuk membeli kain batik di situ.

Sementara itu saya sempat ke kawasan Beras Terbakar. Sudah beberapa kali ke sini, tapi masih tidak jemu melihat seni binaan dan suasana persekitaran kawasan ini.
bersih kemas dan damai

berhampiran terdapat Masjid Lama Pdg. Matsirat
dipaparkan email = masjidlama_pms@yahoo.com dan
nombor akaun AGRO Bank = 600 5011 00004487 0
(kalau nak pastikan sila zoom gambar ini)

semasa saya pergi pertama kali pada tahun 1996 dahulu, masih banyak terdapat beras terbakar di sekitar ini yang tidak dipagar lagi. Sekarang ini telah dipagar dan tidak ternampak beras, tetapi terdapat banyak duit siling.

gambar ini terdapat di Lapangan Terbang Pulau Langkawi


PANDANGAN ISLAM TERHADAP KHURAFAT

Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhaadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. Kepada-Nya seluruh makhluk bergantung.

Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehendaki ke atasku sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakkal”.
(Surah Al-Zumar, Ayat 38 )

Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu bukannya sumpahan sesaorang atau lintasan burung atau sebagainya yang terdapat di dalam amalan khurafat.

Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
“Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).”

Dari Ibnu Mas’ud R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
“Buruk sangka (di dalam amalan khurafat) adalah syirik (dua kali) akan tetapi Allah menghapuskannya dengan bertawakkal kepada Allah”.

Dari Ibnu Amru R.A, katanya nabi pernah bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang kerana buruk sangkanya terhadap sesuatu (khurafatnya) sehingga boleh memesongkannya dari meneruskan hajatnya maka sesungguhnya ia telah syirik ( kepada Allah ).
Mereka bertanya apakah kifarat bagi yang demikian itu. Sabdanya:
“Hendaklah ia berkata Ya Allah tidak ada kebaikan melainkan kebaikan Mu. Tidak ada yang buruk (jahat) melainkan kejahatan yang datang dari Mu dan tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau”.

Semua urutan ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang tersebut jelas memperlihatkan konsep baik, buruk hanya dari Allah. Allah yang mengatur segala-galanya bukannya ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan dan kecelakaan manusia.

Khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan yang sedemikian menghantui umat Islam sehingga mencemarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah.


Wassalam

Sunday, October 2, 2011

Menghadiri Bekel Koperasi 2011 di Langkawi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, saya selamat mendarat di Lapangan Terbang Langkawi pada pukul 4:25 petang sepertimana mengikut jadual

Tujuan ke Langkawi ini untuk menghadiri bengkel koperasi jabatan kami, selama 3 hari 2 malam, bagi merangka aktiviti tahunan koperasi.
Sempat solat jamak dan qasar di LCCT
suraunya terletak antara The Body Shop dan Old Town White Coffee

harga 100 plus RM4.00 dan teh segelas RM4.00


Pertama kali naik kapal terbang untuk ke mari. Semasa mendarat tadi perasaan cemas, kerana kapal terasa goyang goyang. Cerita kawan saya yang dah biasa ke mari memang begini keadaannya, mukin sebabnya, landasan disini agak pendik.


Tidak kecewa orang yang istikharah (minta pilihan kepada Allah), tidak menyesal orang yang bermusyawarah, dan tidak melarat orang yang hemat.
(Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Ash-Shaghir dan Al-Ausath)



Wassalam

Friday, September 30, 2011

Tawaf Gunakan Kenderaan Berkuasa bateri-Umrah 2011-25

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semasa merayap rayap di dalam Masjid Haram, tersempak satu sudut stor kenderaan yang digunakan oleh jemaah yang kurang upaya untuk tawaf.

Jenuh peratikan kadar sewanya, tak nampak pun, cuba tanya kepada pak arab di kuanter, tak boleh pula dia bertutur bahasa Melayu, cakap orang putih...lagi dia tak layan...he he







Firman Allah swt.
Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.
[al-Hajj 22:78].

Wassalam

Thursday, September 29, 2011

Terkenangkan Masjidil Haram-Umrah 2011-24


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Melihat bakal bakal menjadi tetamu Allah di dada akhbar, hati terus terkenangkan dan rindu kepada Masjidil Haram

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
jika aku melihat keindahan keagungan dan kemegahan masjid ini, ingin sekali aku diberi kesempatan lagi kesana Ya Allah untuk beribadah di tempat Mu yang suci. Aku rindu sekali Ya Allah.

Ya Allah, Ya Karim
Berilah hambaMu ini kesempaan untuk bersujud kepadaMu dirumahMu. Panggillah aku Ya Allah, panggillah keluargaku Ya Allah, Panggillah saudara mara ku Ya Allah, panggillah ssahabat sahabat ku Ya Allah, untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah

Murahkanlah rezeki kami untuk dapat sujud kepada Mu di rumah Mu Ya Allah

Amin Amin Amin Ya Rabbulamin







Riwayat dari Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:

“Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya: Haji yang mabrur (diterima).”

“Aku dengar Nabi bersabda: sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa-dosa)“.

Riwayat ‘Aisyah Radiyallahu’anha:

“Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur)“.



Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...