Monday, July 25, 2011

Tak Sampai Hati, Hantar ke KLIA juga

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ingatkan semalam nak hantar Kak Ngah ke KL Centrel sahaja, tapi malam semalam pungah barang daripada Giant lagi, hingga penuh beg. Biskut, laksa, mee segera, jajan dan berbagai lagi stok bulan puasa ni.
Kesian pulak tenguk, jadi lepas Zuhor tengah hari tadi, hantar Kak Ngah terus ke KLIA. Tenguk polis tak ada jaga disitu, ibunya pergi hantar sampai kedalam pulak.
Selepas ini Kak Ngah kena daftar di hospital Joka, 2 jam perjalanan daripada Jakarta, kira kira pendalaman sedikit. Kena sewa rumah disana pula. Dijangka memang tidak balik pada raya tahun ni.
Balik kali ini menguruskan pasport (RM+++), visa (RM+++), tambang (RM+++) dan sampai di Jakarta pula menguruskan kebenaran duduk (Rupiah 2,200,000), tak ada baju raya ler nampak nyer ayah Kak Ngah tahun ini ....he he


Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.
Si anak tadi bertanya Saidina Umar :
“Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab Umar : Ya!
Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?
Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.
Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu. Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”.
Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

rujukan: disini

Wassalam

23 comments:

  1. semuanya pakai duit skrng :)


    entry sikap prejudis manusia
    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/prejudge-in-my-mind.html

    ReplyDelete
  2. Salam Saiazuan

    kena belanja berhemah dan simpan duit drp muda......

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam

    Ayah sanggup bekorban apa sahaja

    ReplyDelete
  4. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip nak tinggikan kereta sikit

    eeeemmm siapa tak sayang anak ... sapa yang tak rindu anak.... bagi aku anak itu anugerah ... biar dikerah biar kudrat mengalir.... anak tetap anak... biar anak cukup berilmu untuk dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum atuk : rph2.2 juta tu berapa RM?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Rozali;
    Berat hati mak nak lepaskan kak ngah pergi
    Tahniah kakngah, tabahnya jiwa doktor muda ni...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum akhi...


    tak beli baju raya?....
    pengorbanan tu namanya...
    he he he Hanan dah sediakan sepasang baju raya utk abahnya...(baju pengiring mtq jer)

    ReplyDelete
  8. Itulah pengorban ibu bapa kepada anaknya..anak x dapat beraya ayah pun x beraya sama huhuhu...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum atuk..

    tahniah......pelaburan atuk untuk kak ngah pasti berbaloi nnti..

    ReplyDelete
  10. Salam atuk
    besarnya pengorbanan seorang ayah..
    tapi mesti gembira kan.. demi kejayaan seorang yg bergelar anak :)

    ReplyDelete
  11. x per bro demi anak2 instyaallah segala rupiah yg kuar akan terbayar .. doakan aje buat dia ..

    saya doakan dari jauh ye :))

    salam ramadhan juga dari saya .. :)

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Imanshah

    naluri seorang ayah
    Alhamdulillah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Afzainizam

    kata2 yg lahir drp seorang ayah yang soleh

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Afeezz

    lebih kurang RM800.00

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Ummiross

    emak dia yg beria nak hantar sampai ke KLIA tuuuu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Ummi Humaira

    bagus nyerrr Hanan
    tentu suka si ayah......

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Salam Amy

    dalam beg kak ngah tu ada baju raya dia...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Sahrom

    Insyaallah
    amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Suya

    Insyallah...mudah2an

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Ieda

    Insyaallah

    amin amin atas doa2 tu...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Salam cik rozali...

    Saya doakan mudah-mudahan cik rozali dan isteri serta keluarga ditambahkan rezeki...sentiasa

    amin

    ReplyDelete
  22. Asslamualaikum Tn Hj Rozali,

    Pengorbanan tiada nilainya.

    Alhamdulillah, pada saya jika anak-anak nak belajar tidak kisah kita berkorban RM.

    Semoga Kak Ngah dipermudahkan dalam setiap urusan. Amin.

    Wassalam

    http://safiudin.com/website

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum Tuan
    kasih sayang ibu bapa
    kasih sejati
    lihat entry tuan ni
    mengingatkan
    kasihnya bapa saya
    dulu,kalau saya nak balik asrama di utara tanahair,(form 1)
    ayah yang menangis,lebih dari ibu
    sehinggakan saya berazam taknak kahwin dgn lelaki jauh tapi takdir Allah tiada siapa yang mampu tolak.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...