Monday, August 22, 2011

Air Zam Zam-Umrah 2011-22


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sumur Zam Zam mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya tidak dapat dipisahkan dengan isteri Nabi Ibrahim as, ya itu Siti Hajar dan putranya Ismail as.
tong air Zam Zam dikebanyakan tempat dalam Masjidil Haram
terletak di antara Safa dan Marwah

terletak di bawah bilik Bilal


pili untuk orang awam, terletak bersebelahan perpustakaan
(tapak rumah kelahiran Nabi saw)
berpagar dan ada pengawal, elak daripada pergaduhan


molekul air Zam Zam...Subhanallah



mata air Syurga


gambar rajah telaga Zam Zam

pam air Zam Zam untuk disalurkan kepada paip khas/awam
gambar2 drp pakcik google




Sejarah ringkasnya:

Saat Nabi Ibrahim as, Siti Hajar dan Ismail tiba di Makkah, mereka berhenti di bawah sebatang pohon yang kering. Tidak berapa lama kemudian Nabi Ibrahim as meninggalkan mereka.

Siti Hajar memperhatikan sikap suaminya yang mengherankan itu lalu bertanya ;" Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"

"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".

Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata pun.

Siti Hajar bertanya lagi;

"Apakah ini memang perintah dari Allah ?"

Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawaban suaminya yang singkat itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Selang beberapa hari, air yang dari Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit Safa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahwa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air Zamzam.

Air Zamzam yang merupakan berkah dari Allah SWT, mempunyai keistimewaan dan keberkatan dengan izin Allah SWT, yang bisa menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu disebutkan pada hadits Nabi , " Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air Zamzam. Air Zamzam merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ".

rujukan disini


Maklumat fizikal

Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.

Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.




Sabda Rsulullah saw

"Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Air zam-zam itu tergantung niat orang yang meminumnya; jika engkau berniat meminumnya untuk mengubatimu, maka Allah akan menyembuhkanmu; jika engkau berniat agar engkau kenyang, maka Allah menjadikanmu kenyang; jika engkau meniatkannya untuk menghilangkan haus, maka Allah akan menghilangkan kehausanmu, dan zam-zam itu adalah cekungan yang dibuat oleh Jibril dan air yang mengalir yang Allah berikan kepada Ismail (HR. Daraquthni).

Kata Rasulullah SAW lagi, doa dan syaratnya adalah pelaku harus yakin yang doanya akan dikabulkan, memenuhi perintah Allah sebagaimana firman Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 186:

Dan jika para hamba Ku bertanya kepada mu (Muhammad) tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang orang yang berdoa, maka hendaklah mereka memenuhi perintah Ku dan mengimani Aku agar mereka mendapat bimbingan (Al Baqarah: 186)


Wassalam

16 comments:

  1. ya allah sungguh nikmat bila dpt lalui pengalaman melihat mata air syurga nie .. bilalah saya berpeluang kesana .. doa2kan utk saya dan suami ya bro :)

    ReplyDelete
  2. setuju dengan apa yang kak eida katakan , sungguh nikmat bila dapat lalui pengalaman melihat air syurga nie , amy sepanjang bulan ramadhan nie , bersahur dan berbuka dengan air zam zam dan kurma..kemudian barulah santap hidangan yang lain...

    ReplyDelete
  3. subhanallah.. sungguh bnyk nikmat yang Allah telah berika kepada kita di dunia ini :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Rozali;
    Sejuk je air zamzam kat dalam Masjidil Haram tu kan, tak jemu diminum...

    ReplyDelete
  5. Salam Ieda

    sama2 kita berdoa agar ieda sekeluarga dijemput jadi tetamuNya
    amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam Amy

    Alhamdulillah
    mengikut sunah
    moga puasa diterima oleh Allah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam Saiazuan

    Allah maha pengasih lagi maha penyayang serta maha pemurah..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Ummiross

    memang...
    jadi satu kepuasan bila meminumnya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. salam atuk

    saya punya tinggal 1 tong je hehe

    atuk punya stok banyak lagi ke hehe

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Pak Itam

    stok pakej beri awal2 lagi dah habis

    oder kat Hj Arshad, buat stok baru

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Salam Atuk

    Moga hadis itu jadi ingatan.
    Mudah2an ada peluang ke sana lagi.Amin.

    ReplyDelete
  12. saya tak pernah kesana..
    teringin nak pi..

    tertarik dengan molekul air zam2 tu...mcm berlian pulak...

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Mama Ju

    Insyaallah
    akan menjadi tetamuNya nanti

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam Diana

    kena pasang niat drp sekarang
    Insyaallah...dimakbulkan

    air2 yg telah dibaca dgn ayat2 Al Quran akan melahirkan molekul yg catik2

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Salam Liza

    nikmat segala air....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...