Tuesday, August 2, 2011

Allah Makbulkan Doa Kita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, seluruh umat Islam di Malaysia telah menjalani ibadah puasa pada tahun ini, bermula daripada semalam. Bermakna Allah telah perkenankan doa doa kita yang kita mohon sejak dari bulan Rejab dan Sya'ban.

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

Dengan itu marilah kita sama sama meneruskan berdoa


Firman Allah swt
“Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(QS Al-Baqarah ayat 186)


Sabda Nabi Muhammad saw

“Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.”

(HR Ibnu Majah 1743)


Majlis berbuka puasa hari pertama di STP



Baru mulai tahun ini, kira kira 15 minit sebelum berbuka, adakan majlis tahlil atau berzikir dan membaca doa selamat

Sabda Nabi Muhammad saw

‘Dan perbanyaklah padanya daripada empat hal (perkara), yang dua hal adalah keredaan Tuhanmu dan yang dua lainnya adalah tiada kemampuan kalian mendapatkannya (Allah yang memiliki). Dua hal yang pertama adalah Syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan yang kedua adalah kalian beristifar kepadaNya. Dan dua hal yang bukan milik kalian adalah, mintalah Syurga dan berlindunglah padaNya daripada api neraka’

Diriwayat oleh Sidina Salman ra.

Wassalam

14 comments:

  1. Assalamualaikum Rozali

    Semoga kita, ahli keluarga dan sahabat sesama Islam mendapat rahmat, keampunan, ditempat di syurga dan dilindungi dari neraka jahannam

    SELAMAT BERPUASA DAN BERPESTA IBADAH

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Ummiross

    Insyaallah
    amin amin
    itu yang kita harap2kan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam tuan hj,

    Amin..amin
    Mudahan dikabulkan segala doa2 kita.InsyaALLAh

    Semuga ALLAH rahmati segala usha untuk mngimarahkan ramadan ini. Bguslah aktiviti STP sebelum berbuka...itu time yg molek sgt untuk berdoa kan.

    Selamat beribadah..

    ReplyDelete
  4. amin mudah2an itu yang kita harapkan..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Ain

    Insyaallah
    dengan izinNya STP meriah dengan ibadah, terutama dlm bulan Ramadhan ini

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam Amy

    Insyaallah
    moga Allah makbulkan

    ps: selalu beri komen dlm n3 amy
    tapi tak ada tersiar....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam Haji...teringgat masa jadi ajk masjid uruskan jadual berbuka dan berbuka hari2 di masjid...meriah.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    Selamat brpusa juga :)

    wassalam

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum atuk
    meriah berbuka puasa bersama jemaah lain kan?

    ReplyDelete
  10. salam

    terkng masa berbuka di USM dulu

    ReplyDelete
  11. insyaallahhh aminnn :)

    bestnya berbuka ramai2 .. meriah dan kenyang ...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Tuan Haji Rozali, Selamat menjalani ibadah puasa. Meriah nampak surau kat sana.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum atuk,
    seronoknya berbuka puasa di masjid.

    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum THR
    ya Allah bestnya
    berbuaqka pausa ramai2
    selamat berpuasa, THR
    Saya ada tag THR Join segmen tauladan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...