Wednesday, August 10, 2011

Sumbangan STP Kepada Sekolah Agama di Kemboja

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Giliran Ustaz Dr. Rahmat, Pensyarah UIAM, malam tadi memberi tazkirah di STP. Beliau membawa bersama seorang pelajarnya yang berasal daripada Kemboja serta dua orang guru sekolah agama yang datang ke Malaysia ini bagi tujuan meminta sumbangan untuk menampung pengajian di kampung mereka (tak ingat namanya) di Kemboja.

Ustaz memaklumkan, beliau telah beberapa kali ke Kemboja dengan tujuan menziarah serta memberi sumbangan.

Yang menyentuh perasaan kami apabila ustaz memberitahu gaji seorang guru sekolah pondok sebanyak RM20.00 sebulan, yang diperolehi daripada pelajar sekolah dengan pengiraan, seorang pelajar membayar 10 sen seorang, untuk seminggu, kali dengan 50 orang murid dan kali dengan 4 minggu.

Ustaz Dr. Rahmat (dua drp kiri)

Alhamdulillah, hasil daripada kutipan jemaah STP malam tadi, saya mewakili AJK STP memberikan sumbangan sebanyak RM4017.00 kepada guru berkenaan. Moga dengan sumbangan yang sedikit ini akan memberi menafaat kepada sekolah dan pelajar.



Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda,
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari Qiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan Akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan Akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para Malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.”
(Hadits dengan redaksi seperti ini diriwayatkan oleh Muslim)



Wassalam

14 comments:

  1. salam atuk

    alhamdulillah, semoga dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang memerlukan


    opsssss , buka apa kome petang ni cadangnya hehehehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum abe : bersyukur kite tinggal di malaysia

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum atuk,
    alhamdulillah...rezeki yg lebih diagih-agihkan pd yg memerlukan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Rozali

    Alhamdulillah besar maknanya sumbangan tu bagi mereka...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum atuk

    terima kasih berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  6. SALAM,
    KITA BYK2 BERSYUKUR DGN KEADAAN KITA. TERUSKAN USAHA MURNI INI

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah bulan ramadhan bulan beramal .. syukuur

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah sumbangan yang begitu bermakna bagi mereka..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tuan Hj, Alhamdulillah kita dlm keadaan yg lebih baik. Syukur kita dpt membantu sedikit sebanyak.

    ReplyDelete
  10. banyakkan menderma di bupan puasa yg mulia ni :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tn Hj,

    Alhamdullilah ....walaupun hanya bergaji RM20.00 bagi guru pondok tetapi KEIKHLASAN untuk meberikan ilmu kepada anak muridnya akan mendapat balasan di kemudian hari..

    Jauh perbezaan dengan gaji guru di negara kita......yang bermacam-macam imbuhan yang diberikan oleh pemerintah....

    ReplyDelete
  12. salam,

    besar maknanya setiap sumbangan bagi mereka yang memerlukan.

    murni hati guru-guru yang menerima bayaran serendah itu demi menyampaikan ilmu kepada pelajar kurang berkemampuan

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...