Thursday, February 9, 2012

Bukit Tinggi-2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari Isnin, 13 Rabiul Awal, sempena cuti Maulidul Rasul. Kami 8 beradik (3 adik tidak hadir) serta keluarga masing-masing diketuai oleh emak, berkumpul di Berjaya Hills, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang.

Berjaya Hills, Colmar Tropicale, resort bertaraf 4 bintang yang menarik bertemakan Perancis yang berada di tengah hutan hujan seluas 80 ekar di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Terletak 55 km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Bayaran masuk RM12.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. (untuk Colmar Tropicale dan Japanese Village)


Emak dikelilingi anak, menantu dan cucu


Tempat pakir yang banyak


Landskap yang menarik


Lobby resort (harga resort antara RM400-RM700 semalam)

Ganbar-gambar sekitar Colmar Tropicale





















Pemandangan daripada menara tingkat 4



Aktiviti yang terdapat di kawasan Berjaya Hills

Horse Trails dan Adventure Park


Animals Park (bayaran masuk RM3.00) dan Padang Golf


Firman Allah swt.

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

(Al Baqarah, ayat 177)



WASSALAM

28 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk..

    Oooh Bukit Tinggi rupanya, cantiknya view tu. Ummi tak pernah sampai lagi,insyaAllah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Ummiross

    terpantas .....

    terpesona view disana

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum atuk..

    KH tak pernah smpi sana lg..huhu

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam KH

    kena pergi tu KH
    macam kat Perancis pulak...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. papa mifz pernah ke sano zaman couple dulu..hehe

    tgk atuk pergi ramai2 sure heboh kan...

    ReplyDelete
  6. Assalam Bro Rozali.


    seronoknya kan..saya tak pernah sampai ke sini.. teringin gak nanti..dekat je lagipun.

    ReplyDelete
  7. Menarik.....

    Di persilakan semua untuk menyertai Giveaway Sulung Miecyber's Blog.

    http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

    ReplyDelete
  8. salam
    sejuknya ala2 genting jugak ke...

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Gembiranya masih ada ibu .. ibu pulak boleh ikut sama.

    ReplyDelete
  10. wahhhh mmg cantik sekali tempat tu.. mmg sesuai untuk riadah keluarga

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy wheel bearing kereta

    ReplyDelete
  11. Salam Jumaat

    Wah bestnya Atuk! saya tak sampai lagi.Cantik dan lebih seronokkan dgn mak dan adik beradikkan?

    ReplyDelete
  12. best aa atuk g jenjalan..baru je pegi rabbit park hari selasa lepas turun dr genting..xsempat nk g colmar tropicale sbb dh petang..dh merasa duk skali kt sini dlm tahun 2003-2004 rasanye..tp xde apa kat atas tu..bila tgk gambar atuk ni mcm best lak nk g..rugi lak rasanye xmasuk kat colmar haritu...huhuhu...

    ReplyDelete
  13. Salam Papa Mifz

    sekarang ni bawa anak2 pula....

    terima kasih

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Yan

    bangunan colmar tu kalau waktu malam lagi cantik....

    terima kasih

    ReplyDelete
  15. Salam Hairun Azmi

    Insyaallah

    terima kasih

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Kamsiah

    lebih kurang juga.....

    terima kasih

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Dato' LF

    kira2 nak menghiburkan hati emak la tu...

    terima kasih

    ReplyDelete
  18. Salam Imanshah

    boleh bawa awek nanti...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  19. Salam Afzainizam

    memang ramai yg bawa keluarga

    terima kasih

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Mama Ju

    Alhamdulillah
    seronok...anak2 saudara berlalri-lari...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  21. Salam Shima

    kena pergi sekali lagi tu nanti...

    terima kasih

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum...

    Kakcik ni jangankan Bukit Tinggi di Sumatera sana, Bukit Tinggi di Pahang ni pun kakcik belum pernah samapi lagi. :)

    ReplyDelete
  23. Waalaikumusalam Kak Cik

    dekat ajerr kak cik
    ajak la abang pergi

    terima kasih

    ReplyDelete
  24. salam atuk

    dulu hutan rimba , sekrg dah jadi tempat perlancongan

    pernah sekali ada kawan menginap kat situ , malam pukul 2 pagi cabut balik KL hehehe tak tahan katanya pasal ada benda mengacau hehehe

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Atuk.

    Hebat aktiviti Atuk...

    ReplyDelete
  26. xtvt riadah mcm ni byk kebaikannya..

    disamping dpt meningkatkan kesyukuran dgn melihat alam ciptaan Allah.. dapat merapatkan jalinan keluarga spy lbh erat dan mantop.. Alhamdulillah.. jrg fmly dpt berkumpul mcm ni..

    ReplyDelete

  27. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...