بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Pada bulan Februari yang lepas, semasa cuti sem, Kak Yang dan kawan-kawannya pergi ke KL Central. Dalam pada masa itu, seorang jurujual Celcom menghampiri dan mempromosikan kad sim Celcom. Pada mulanya Kak Yang menolak tawaran yang diberi. Jurujual itu terus mempromosi dan mengatakan tawaran ini adalah percuma sambil memberikan 2 keping kad sim kepada Kak yang. Beliau meminta salinan kad pengenalan Kak yang bagi tujuan rekod beliau.
Inilah kelebihan jurujual yang telah berpengalaman dan Kak Yang yang masih mentah dalam kehidupan. Dan Kak Yang tidak pula menceritakan kepada kami sebagai ibu bapanya.
Pada hari rabu, saya menerima dua pucuk surat yang ditujukan kepada Kak Yang. Apabila saya membukanya, didapati bil Celcom yang setiap satu bernilai RM72.15.
Semalam saya pergi berurusan di pejabat Celcom. 1 jam 10 minit baru giliran saya dipanggil, dan dari riaksi kerani kuanter itu menunjukan bahawa telah ramai yang datang mengadu mengenai permasaalah yang sama saya hadapi. Kerani itu memaklumkan pihak Celcom tidak boleh menerima aduan ini kerana ada persetujuan daripada pihak pelanggan dan ada bukti dengan salinan kad pengenalan. Serta semasa saya menunggu, ramai pelanggan yang memegang bil semacam saya.
Saya mohon berhentikan kedua-dua akaun perkhidmatan Celcom itu, Alhamdulillah, diterima. Tetapi kedua bil yang telah dikeluarkan tetap kena jelaskan.
Disini saya maklumkan, ketidakpuasan pelanggan menunjukan ada yang tidak kena pada perkhidmatan yang diberikan oleh Celcom.
Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.
Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.
Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.
rujukan disini
Mengikut kaedah syarak, tiap-tiap benda yang haram dimakan atau diminum, haramlah dibuat, diperniagakan dan di hadiahkan walaupun kepada orang kafir. Dalam pengharaman khamar ini dia bukan saja dihadapkan kepada peminumnya, tetapi meliputi semua orang yang terlibat dengan proses pembikinannya dan penjualannya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Nabi SAW melaknat pada khamar sepulun macam, yang memeras, yang minta diperaskan, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarkan, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang memakan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan."
(Riwayat Tirmizi dan ibnu Majah)
Jika kita telah mengetahui kegunaan barang yang kita buat itu untuk perkara yang dilarang maka kita wajib meninggalkannya dan jika terus dilaksanakan maka kita telah bersubhat dengan perkara yang haram dan hukumnya berdosa. Sebagai seorang pekerja berusahalah untuk mencari pekerjaan yang lain yang jelas kehalalannya dan tidak membiarkan diri bersubhat dengan perkara yang subhat, kerana rezeki yang kita dan keluarga kita makan nanti akan menjadi darah daging. Bayangkan jika kita merasa senang dengan perkara yang subhat ini sudah tentu kita akan menyediakan darah daging kita menjadi sesuatu yang tidak diredhai Allah SWT.
Walaupun begitu jika kita merasa sukar mencari pekerjaan yang lain disebabkan keadaan tertentu, maka boleh bekerja di tempat tersebut dengan syarat kita tidak redha dengan subhat yang dijalankan syarikat tersebut. Disamping itu ada niat di dalam hati untuk merubah atau menukar jenis perniagaan tersebut dengan perkara yang halal dan seandainya menemukan pekerjaan yang lebih baik lagi halal segeralah berpindah kepada yang kebaikan tersebut. Wallahu A'lam.
rujukan disni
WASSALAM
assalamualaikum atuk..yer la x elok buat orang mcm tu x pasal2 kena bayar bil nyer plak...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuk...
ReplyDeletesasaran jurujual berpengalaman ini adalah anak remaja yg senang sgt diperdaya dan kemudianya CELCOM seolah-olah.."Signature sudah ada..apa lagi mahu cerita..bayar lah sahaja"...
penipuan dalam perniagaan.. terlalu banyak berlaku
ReplyDeletekes camni sbnarnye salah promoter yg menipu tu dan pelanggan yg terima balasan. Secara xlngsung mnjejaskan imej celcom.
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteSepatutnya, Celcom sebagai syarikat besar tak terlibat dalam kes macam ni. Mereka tak boleh lepas tangan, dah banyak aduan, kenalah lebih prihatin. Terima kasih berkongsi info, boleh jadi panduan pada yang lain,pada anak2 ummi jugak.
macam2 caro dorang nak tarik perhatian pelanggan kan...hmm..
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteNasib baik acc boleh di tutup. Saya pun mengalami perkara yg sama dgn umobile.
Waalaikumusalam Mama
ReplyDeletenak buat macam mana mama, sudah suratan
terima kasih
Waalaikumusalam Eye
ReplyDeletekawan anak saya pun ada yg kena juga
terima kasih
Salam Saiazuan
ReplyDeletekita kena hijrah dlm banyak sudut
terima kasih
Salam Alein
ReplyDeletedisni saya anggap ada sepakatan
kerana ramai yg buat aduan, tapi tiada tindakan...bayar tetap bayar sebagai contoh...
terima kasih
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeleteN3 ini memang untuk panduan kpd yg lain....mereka gergasi....tapi undi ada ditangan kita...
terima kasih
Salam Papa Mifz
ReplyDeleteialah...kerana dunia...kita kena berhati2 senantiasa
terima kasih
Waalaikumusalam DO
ReplyDeletesaya beranggapan Allah membalas kerana ada kesalahan kita sebelum ini.
Syukur...kerana masih yg rengan
terima kasih
salam
ReplyDeletetakde yg free dalam dunia ni...
saya cukup cukup cukup rimas dgn gelagat promoter..apa2 promoter...
kdg2 buat2 bisu,kdg2 buat2 buta huruf hehe...geram..
Macam2 cara depa guna utk promote termasuk guna cara yg tak baik..huhu
ReplyDeletesy juga dr minggu lepas asyik diganggu dgn panggilan2 yg promote celcom ni..yg peliknya dorang call telefon rumah..ada pakatan dgn pihak telekom ke cemana
Waalaikumusalam Kamsiah
ReplyDeletesaya marah kan Kak Yang..tak ada yg free dlm dunia ni...
terima kasih
Salam Kalamhati
ReplyDeletekita nak tuduh tak ada bukti
tapi drp lojik ...begitu lee..
hanya Islam yg adil
jadi kita kena hijrah menegakkan Islam
terima kasih
assalamualaikum atuk..saya pun pernah tertipu tapi bukan Celcom tetapi penapis air..
ReplyDeletePenjual kata dia bagi free ,kononnya pelajar pratikal dr giat mara.Saya percaya benarkan dia masuk utk pasang.
Akhirnya saya disuruh bayar rm200sebulan selama 2 thn.Susah nak suruh keluar,call suami..Mujur tak jadi apa2 mengigil jugalah..
kenapa peniaga mcm tu ek.. x tahu ke hukum2nye.. halalke mendapat upah/ gaji secara menipu pelanggan mcm tu.. kesian mangsa yang tertipu.. mesti byk untung yg die dpt :(
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMenipu adalah berdosa...kecuali 'tipu sunat'.
Proyek-proyek saya terletak di sini :
ReplyDeletehttp://aed280e5.allanalpass.com
http://xaijo.com/?new-ng.html
http://blog.erolove.in/?new-qv.html
http://blog.erolove.in/land?browse-yz.html
http://amateur.erolove.in/pagenz.html
Assalamualaikum Atuk.. biasanya yg menipu tu promoter yg muda gak tu, yg nak cari komisyen banyak dan cepat..
ReplyDeletemenipu pun menipu lah janji dpt pelanggan, memang tak bertanggungjawab
akhir tahun lepas saya berhenti guna medium celcom ni - bertahun2 bayar bil yg tinggi ratusan !!! - rasa tertipu pulak - bagaimana sy boleh banyak guna dgn celcom sy rasa kurang guna telefon maupun sms? bila tukar hot-tiket - tak pernah habis sms & telefon. So sgt jimat sebulan hanya Rm60 shj
ReplyDeleteassalamualaikum atuk : sy kalau bende2 promosi mcm ni, sy angkat tangan dan terus jer beredar. malas nak layan, pakai satu nombor jer dah cukup...
ReplyDeleteassalamualaikum..kesian kak yang..
ReplyDeleteorang sekarang ni nak cari untung je tuk..tak kira dah cara macammana pun..menipu pun sanggup..
kak yang masih muda lg mudah la depa nak perdaya..hati2 je la..
Salam Atuk
ReplyDeletetu sb Alin malas nak layan salesman salesgirl ni...takut terkena
sy pun pernah kena macam kakyang =(
ReplyDeletemasa tu mmg tak tahu ape2 pun, bru je dtg bljr kat s.alam..
smpai skrg sy boikot celcom..wpun sy tahu yg salahnya adalah promoter kaki kelentong tu..percuma konon..
oohhhh mmg promoter celcom bill begitu...
ReplyDeletetak betul-betul menjeklaskan keterangan ... sampai masa kita rasa macam tertipu... tak pasal-pasal kena bayar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pemasangan sticker bomb kereta
saya pun prnh terkene macam nie, tp line u-mobile la, 3 sim-rm150. pastu saya buat laporan polis baru pergi u-mobile centre. alhamdulillah xkene charge apa2 kat centre 2.
ReplyDeletesaya pun prnh terkene macam nie, tp line u-mobile la, 3 sim-rm150. pastu saya buat laporan polis baru pergi u-mobile centre. alhamdulillah xkene charge apa2 kat centre 2.
ReplyDeletesaya pun prnh terkene macam nie, tp line u-mobile la, 3 sim-rm150. pastu saya buat laporan polis baru pergi u-mobile centre. alhamdulillah xkene charge apa2 kat centre 2.
ReplyDelete