Monday, March 12, 2012

Meraikan Pengantin di Laman Sri Payung


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Jiran yang tinggal selang sebuah rumah, pada hari sabtu yang lepas menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anak keduanya yang diadakan di Laman Sri Payung, ditepi Jalan Lingkaran Tengah (MRR2), simpang bertingkat berhampiran AU2.


Selesa dan kemas


Kawasan Parkir yang lapang


Tepi MRR2 sebelah kiri, sebelum simpang Ampang


Pakej yang ditawarkan (klik gambar untuk ke laman sesawang)


Bersebelahan dengan Restoran Istana Bambu

Semoga pasangan penganti ini bahagia hingga Syurga


firman Allah SWT:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

WASSALAM

13 comments:

  1. salam tuk
    nak kawin skrg x der 20 ribu x kawin koot huhuh ..tercengang saya tgk pakej tuu
    kalau macam nie org susah , kira nikah ajelahh .. ambil mana yg wajib kan ..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam ieda

    mak ayah kena simpan duit untuk anak2 nak kawin...

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...

    wah..pakejnya...mahalnya..tapi semua lengkap..dgn pelamin bagai..
    nak kawin zaman sekarang serba serbi mahal..patutlah hantaran anak dara sekarang berbelas ribu semuanya...

    bila bleh makan nasi kenduri rumah atuk pulak...hehe

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Liza

    lambat lagi ...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.
    RM16500? Saya turut mendoakan agar pasangan tersebut bahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat reda Allah. Amin.

    TQ

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Pakej yang lengkap tu...

    Kampung saya kat Kedah masih guna 'Pakatan' gotong royong...

    ReplyDelete
  7. xmampu sy kawin dgn hrga tu walaupun tgh promosi..nasib baik kat kmpung je..jiran2 yg masak, khemah semua pun ada.. =)

    ReplyDelete
  8. bila pergi kenduri, parking selalu jadi masalah, bila tempat parking nya banyak mcm tu dah tentu2 selesa..

    ReplyDelete
  9. Aminnnn... kebahagian pengantin memang sentiasa kita harapkan.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Atok..

    Agaknya inilah salah satu hikmah Allah Swt bagi ketiga-tiga anak saya istimewa.

    Tak perlu nak fikir belanja kahwin anak..Tapi perlu fikir juga apa jadi anak saya bila saya tiada nanti!!!

    Mencari Saham Akhirat..

    ReplyDelete
  11. oohhhh mmg hebat betul majlis resepsi perkahwinan sebegitu... cuma kos dan duit tu mahal mmg tak mampu lahhhh...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy pemasangan sticker bomb kereta

    ReplyDelete
  12. wah mesti bestkan...hiasannyer cantik gak...

    ReplyDelete
  13. Salam Tn.Hj,

    Selamat pengantin baru pada anak jiran...

    Nak buat kenduri khawin sekrg,memang mahal....

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...