Thursday, March 1, 2012

Tahlil dan Doa Selamat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kebetulan semasa anak-anak ada berkumpul pada minggu lepas, kami buat majlis bacaan Surah Yassin, Tahlil, doa mohon kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak yang ambil peperiksaan tahun ini serta doa selamat pada hari sabtu yang lepas.


Sebelah pagi menjemput kaum muslimat daripada surau dan jiran-jiran


Antara hidangan yang kami sediakan, buah tembikai


agar-agar


apam eno


nasi ayam


roti jala

Sebelah malam, menjemput adik beradik berkumpul
Solat Maghrib berjemaah, bacaan Yassin, doa selamat dan Solat Hajat




Insyaallah, antara kami ada doa-doa yang Allah makbulkan


KISAH SEBIJI TEMBIKAI

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

kredit untuk :Kisahteladan.info


WASSALAM

24 comments:

  1. salam atuk
    tahniah amalan yang sangat sesuai untuk kita sebagai orang islam
    indahnya kan?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atuk..

    sesekali buat majlis begini menambah keberkatan untuk seisi keluarga..tahniah kepada anak2 yg berjaya...

    teruja tenguk menu yg sedap2 lebih2 lagi roti jala yg unik kaler tu..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Atuk dan sahabat PHD

    Alhamdulillah...............selesai satu hajat mudah2an Allah kabulkan doa semua. Yang paling menarik nya roti jala macam warna satu malaysia........he.he.he. tempah kat mana atuk ?

    ReplyDelete
  4. colorful nya warna roti jala..hehehhe

    ReplyDelete
  5. assalam atuk,semoga dimakbulkan Allah segala hajat dan doa...insyaAllah. makanan pun sedapx2 belaka tu nampak roti jala yg menawan.

    ReplyDelete
  6. En.Atuk,

    Sy pun nak bt kenduri doa selamatlah sempena harijadi kami 3 beranak nanti. Walaupun dah lepas...

    Apam eno tu En.Atuk! Bt sy nak mknlah!!!

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...semoga hajat di kabul ole Allah.
    insyallah sy pun nak buat kenduri doa selamat sbb thn ni anak sy pun akan mengambil pperisaan SPM.

    ReplyDelete
  8. ALHAMDULILLAH...
    SEMOGA MAJLIS DIBERKATI...

    SEDAP2 MAKANAN TU...

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Kasihibu

    Insyaallah
    tenang

    terima kasih

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Mak Wan

    amin amin amin

    buat sendiri roti jala tu..

    terima kasih

    ReplyDelete
  11. Salam Daddy Zayyid

    1Malaysia..tu..

    terima kasih

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Nieza

    amin....

    rasanya tetap macam roti jala juga

    terima kasih

    ReplyDelete
  13. Salam Fara

    happy past birthdey

    kalau nak rasa apam...kena dtg rumah...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Zue

    saya doakan agar anak berjaya dlm SPM nanti

    terima kasih

    ReplyDelete
  15. Salam Sharifah

    amin amin amin

    terima kasih

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Atuk..

    Alhamdulillah, sejuk rasa hati tengok majlis macam ni, moga doa2 dimakbulkan Allah SWT.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum atuk...alhamdullilah mudah-mudahan Allah mendengar semua doa2 hambanya...:)

    ReplyDelete
  18. sangat suker ngan kaler roti jala...sangat colourful

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Ummiross

    aminkan doa drp ummi juga

    terima kasih

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Mama

    terima kasih atas doa drp mama
    amin

    ReplyDelete
  21. Salam Lizz

    tertuang kaler lebih

    terima kasih berkunjung

    ReplyDelete
  22. terima kasih utk ingatan ni..selalu marah kalau beli buah busuk..tak tersedar rupanya kita marahkan apa yg diciptakan Allah SWT..


    roti jala tu lain mcm je..haha

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Atuk..

    Macam mana saya boleh terlepas pandang menjamu mata
    Dengan juadah yang enak2 itu?

    Kisah sebiji buah tembikai itu menginsafkan.. :)

    ReplyDelete
  24. warna roti jala tu colourful ....

    apa pun kita mohon pada ALLAH semoga selaMAT DUNIA AKHIRAT... AMIN

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy balut cover door panel kereta

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...