Saturday, March 17, 2012

Syukuri Nikmat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, sebelum Magrib semalam air telah dibekalkan seperti sediakala. Tapi pihak Syabas masih menyiapkan kerja-kerja mereka sehingga 9.30 malam. Tahniah dan terima kasih kepada mereka semua.



Sariy Assaqathi berkata :

Siapa yang tidak menghargai nikmat, maka akan dicabut nikmat itu dalam keadaan ia tidak mengetahui.



Al-Fudhail bin Iyadh r.a berkata :

Tetapkanlah mensyukuri nikmat, sebab jarang sekali nikmat yang telah hilang akan datang kembali..Sesungguhnya yang sangat mengetahui nikmat air itu , hanya orang yang benar-benar haus.



Dalam riwayat lain, Rasulullah saw bersabda :

Lihatlah kepada orang-orang yang dibawahmu, dan jangan melihat pada orang yang di atasmu, maka yang demikian itu lebih tepat untuk tidak memperkecilkan / meremehkan nikmat yang diberikan Allah kepadamu.



Allah swt. berfirman:

(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

Surah Al Anfaal, Ayat 11



Siapa yang tidak mengenal harga nikmat ketika adanya nikmat itu, maka ia akan mengetahui harga kebesaran nikmat itu setelah tidak adanya (lenyapnya).




WASSALAM

17 comments:

  1. Alhamdulillah nikmat Allah memang banyak... syukur itu nikmat... tak bersyukur tu sombong namanyer

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    tip jumping bateri kereta kong

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... nikmat air tiada galang gantinya..

    ReplyDelete
  3. syukurrr kerana sehingga kini saya masih boleh meneruskan ukwah dgn atuk ;)

    ReplyDelete
  4. Assalam atuk, Alhamdulillah syukur diatas nikmat yg diberikan..semoga kita sentiasa ingat dan bersyukur selalu hendaknya..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, settle semuakan!

    Nikmat air begitu hebat sekali. Tak ada air mcm terasa ada sesuatu yg kurang!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum atuk...alhamdullilah moga dpt menikmati air tu dgn cermat yer...:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.
    Tanpa elektrik kita masih boleh 'hidup', tapi tanpa air, kita serba tak kena.

    Hargai air.

    TQ

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kota kemuning ok. Salam persaudaraan.

    ReplyDelete
  9. baguslah dah siap...kalau tak susahlah - esok dah sekolah...

    ReplyDelete
  10. eeemmmm syukur dah ada air semula

    kalau tak ada air mmg serba tak kena... nak wuduk nak mandi tadakkkk airrrr


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    foder hay silaj silawrap haylaj

    ReplyDelete
  11. Salam Tn.Hj,

    Sesungguhnya kita perlu bersyukur pada nikmat yg diberi Allah,walau apa pun nikmatnya.

    sesungguhnya org yg tidak bersyukur itu adalah org yg sombong.

    T/K

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah atas segala nikmatNYA..

    ReplyDelete
  13. Walaupun tak terlibat tp syukur sgt sbb masih dibekalkan air bersih.

    =D

    ReplyDelete
  14. Hj Rozali,

    Alhamdulillah....bekalan air amat penting dalam kehidupan seharian kita

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah di rumah amy dah x de masalah bekalan air sebab kami dah boring air sendri..so x de risau mane dah hehe,,

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...