Wednesday, March 7, 2012

Daun Kari


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pokok kari berasal dari India dan Srilangka. Nama Saintifiknya Murraya Koenigii. Daunnya diguna sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari, rasam, chutney, murukku dan sebagainya.




Pokok kari belakang rumah



Khasiat daun kari

1. Minum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.Ia akan melegakan sebarang gangguan dalam perut.

2. Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi cirit-birit.

3. Buat teh daripada daun kari yang kering dan minum airnya.Khasiatnya dapat menambah selera makan dan mengurangkan muntah-muntah.

4. Jika terkena patukan ular,minum campuran daun kari yang telah dikisar dengan kunyit mentah dan garam.Ini adalah langkah awal sementara mangsa dibawa ke hospital.

5. Untuk kanak-kanak yang mengadu sakit perut,minumlah campuran jus daun kari.

6. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakkan ia sehingga hangus.Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

7. Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung,campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.

8. Untuk menghilangkan sembelit,rendamkan daun kari dengan air panas.Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum.

Info Tambahan Khasiat Daun Kari
1. Daun Kari Bagus untuk menghitamkan rambut.
2. Perawatan untuk bengkak di tubuh badan.
3. Khasiat Daun Kari Baik untuk mencegah kencing manis.
4. Khasiat Daun Kari dapat Mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Baik untuk penghadaman.
6. Mengatasi masalah alahan bagi wanita mengandung.
7.Selain dari itu, Daun kari boleh digunakan untuk menghalau lalat.


Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi: 66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Rujuk disini



Rasulullah saw. Bersabda:

"Seorang Muslim yang menanam pohon atau tanaman-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala".

(HR Anas r.a)


WASSALAM

31 comments:

  1. salam atuk
    subur dan cantik pokok kari tu, sya tanam pokok kari ermmm sedihlah sbb tak berapa nak menjadi.. :(

    ReplyDelete
  2. salam atuk
    subur dan cantik pokok kari tu, sya tanam pokok kari ermmm sedihlah sbb tak berapa nak menjadi.. :(

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Atuk..

    waa suburnya pokok kari tu Atuk, siap ada buah lagi. Masak kari kepala ikan best ni Atuk, guna daun kari fresh dari belakang rumah, pergh!!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk...bagus tahu info daun kari ni nak lawat sumber yg atuk beri tu la....mekacih ye...:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Atuk

    Baca N3 hari ni rasa maca bertemu pakar perubatan,pakar masakan,pakar kecantikan...........macam2 pakar lagi lah..terima kasih atuk info yang perlu ambil tahu.

    ReplyDelete
  6. Salam Atuk

    Hehe suka saya baca hadis tu...
    Ya Allah pokok kari dia besar dan gemok. Kari saya macam nak mati, tu pun masih berbakti..tak tau pulak dia ada buah mcm tu, first time tgk. tk

    ReplyDelete
  7. Wah besar sgt ni tuk pokok karinya..yg saya tanam ditepi rumah tu adalah dalm setinggi lutut saya dah 3 thn tanam...saya kalau menyambalkan hirisan ubikayu selalunya akan tumiskan daun kari ni...harum jer bau sambal ubi saya...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Kasihibu

    tumbuh sendiri tu...

    terima kasih

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Ummiross

    jarang2 buat kari...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  10. pokok daun kari kat rumah saya tak sesubur macam tuu..kurus kering jer...

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Mama

    pada mulanya saya pun tak tahu...itu yg saya kongsi bersama

    terima kasih

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Mak Wan

    merayau-rayau kat google tadi, terjumpa info ni...

    terima kasih

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Mama Ju

    tang pokok kari ajer yg gemuk2, pokok lain kurus pula...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  14. Salam Aye

    separuh dahannya dah saya jantas tu...tak tahu...menjadi pula dia..

    terima kasih

    ReplyDelete
  15. Salam Ain

    cuba alih, tanam kat tanah, jangan dlm pasu..

    terima kasih

    ReplyDelete
  16. Mak sy pun ade tanam pokok kari. Tapi sy tak nah nmpk g pokok kari berbuah mcm tu...mmm...

    ReplyDelete
  17. Salam Fara

    yg ini subur sangat kut...he he

    sebenar saya pun baru ini pertama kali tenguk buah kari...

    terima kasih

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum atuk : pokok kari ade buah ker? baru tau...

    ReplyDelete
  19. siapa sangka sebiji buah kecil ni banyak kebaikkannya :D

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Afeezz


    kita tahu daunnya ajer...
    kita kongsi bersama

    terima kasih

    ReplyDelete
  21. Salam Saiazuan

    itulah kuasa Allah
    setiap yg dicipyaNya ada faedah untuk hambaNya

    terima kasih

    ReplyDelete
  22. salam
    saya tanam pokok kari,tak pernah berbuah mcm tu...berbunga pun jarang
    maybe sbb saya suka petik pucuk kut,dibuat ulam...
    lagi satu,ulat suka sgt menumpang kat pokok kari saya...daun jadi perang2 semuanya...sekali saya spray dgn ridsect...bkn takat ulat yg mati...dgn pokok sekali jalan...

    ReplyDelete
  23. Assalam bro rozali..


    thanks for the info.. baru kejap gaduh dgn hubby. dia kata mana ada pokok kari berrbuah.. i terus tunjuk katt dia.. ternganga...heee...

    ReplyDelete
  24. As Salam Atuk,

    dah lama tak mai sini, hari nie baru sempat nak menyinggah.. banyak jugak nak kena khatam.. he he

    sedari kecik memang kami sekeluarga ada tanam pokok kari tapiii.. tak pernah plak tau pokok kari ada buah.. mungkin pokok kat umah kak ngah tak subur mcm pokok kat umah atuk kot.. emmm, kami tak panggil daun kari.. kami panggil daun kadapoley!! buat ulam pun sedap..

    ReplyDelete
  25. subur je pokok kari atuk..amy punya baru tanam tapi habis di makan ulat daunnya..

    ReplyDelete
  26. wah sihatnyer siap berbuah lagik....saya suker masak ayam goreng dengan daun kari sangat sedap...

    ReplyDelete
  27. Waalaikumusalam Kak Ngah

    seronoknya saya ...
    Kak Ngah datang ziarah kemari

    patut nampak muda ajer...
    daun kari buat ulam...he he

    ReplyDelete
  28. lebih baik amalkan petua mcm ni kan drp makan ubat hospital.. makanan bersumberkan tumbuhan lebih mesra tubuh badan..

    ReplyDelete
  29. byk rupo nyer khasiat daun kari ni yer...

    ReplyDelete
  30. uihhhh pokok kari rupanya ada buah tak tau pulak.... mesti pokoknya dah besar...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy pemasangan sticker bomb kereta

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...