بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Saya perhatikan semalam seorang kawan sepejabat asik mengunyah. Nampak macam sedap ajer, saya hampiri dia, mana tahu ada rezeki.
Rupa-rupanya dia mengunyah gula-gula getah. Dia menceritakan yang dia tak sempat nak memberus gigi pagi tadi. Sambil bersenam muka boleh juga mencuci gigi........ Eh eh...boleh ke macam tu....
Kawan-kawan semua ada peristiwa berkaitan dengan gula-gula getah ni....
Sejarah
Masyarakat Maya di Selatan Mexico merupakan masyarakat pertama yang menjumpai gula-gula getah. Salah seorang pahlawan mereka iaitu Kukulkan yang dianggap sebagai utusan tuhan sangat suka mengunyah gula-gula getah ini. Masyarakat Maya memanggil gula-gula getah ini chicle.
Gula-gula getah diperolehi daripada pokok liar sapodilla. Mereka menoreh dahan pokok itu dan menadah cecair getah yang keluar dari pokok itu. Apabila getah pokok itu membeku, ia akan mula liat dan kenyal.
Hobi mengunyah gula-gula getah ini mula merebak ke semua pelosok Amerika. Apabila Spaniards menawan kerajaan Aztex pada tahun 1518, mereka mendapati masyarakat di situ mengunyah getah.
Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan gula-gula getah di pasaran ialah dua warganegara Amerika iaitu Thomas Adams Jr. dan William Wrigley Jr.. Dua orang ini telah memproses gula-gula getah secara bsar-besaran dan menjualkannya di pasaran pada tahun 1870. Jenama gula-gula getah keluaran mereka ialah Wrigley Chewing Gum.
Sejak itu, gula-gula getah mendapat perhatian seluruh dunia. Pelbagai perisa dan bentuk gula-gula getah terdapat di pasaran. Gula-gula getah juga bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa iaitu golongan remaja.
Maklumat dari Wikipedia
Berita
KUALA LUMPUR: Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.
Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Rujukan disini
sabda Rasulullah S.A.W
“Yang Halal itu sudah jelas, dan yang Haram pun sudah jelas, dan antara kedua hal tersebut terdapat yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas hala haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barang siapa yang berhati-hati dari perkara syubhat, sebenarnya ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.
(H.R Muslim)
WASSALAM
Ya Allah! Semoga kita semua dilindungi dari benda-benda haram!
ReplyDelete=(
dulu suya makan la jugak gula2 getah.. tapi start tahun bila ntah..lupa dah, mama suya cakap tak payah makan lah.. sebab keraguan pada status halal tu lah.. so me stop it lama dah la jugak~ :)
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetak pernah makan...ada org kata utk kesegaran nafas,utk senaman mulut...entahlah..saya tak teringin...
assalamualaikum atuk : dah lama rasanya tak mengunyah bende ni....
ReplyDeleteassalamualaikum atuk..kalau mcm tu kenalah tengok akan tanda halalnya yer...:)
ReplyDeletesaya makan chewing gum kalau nak elakkan mengantuk, dan kalau lepas makan makanan yg kuat baunya..
ReplyDeleteSalam Tuan Haji,
ReplyDeleteyaa ada org guna chewing gum sebagai ganti berus gigi kalau tak sempat gosot gigi dan utk kesegaran nafas (tengok brand). Sebelum makan elok baca bahan2 dia. Kat Turki ni diorang buat sendiri gula2 getah, berbagai jenama dan rasa. Ada yg keras sangat sampai nak tercabut rahang! Tahniah Tuan haji menang peraduan teka kat blog saya!
uikkk...sapela yg xsempat gosok gigi tu..huhuhu...
ReplyDeletesaya pun slalu gak kunyah bende ni bagi hilangkan ngantuk dan juga utk kesegaran nafas..kita bekerja dikelilingi org so kenala jaga penampilan...heheheh...
Assalamualaikum Atuk...
ReplyDeleteLama sgt dah tak mengunyahnya....sbb cepat terjeluek bila mengunyahnya setelah abis manisnya...ini baru betul abis manis sepah dibuang...
kalau ldy x sempat gosok gigi, lady bw berus gg ngn ubt gg skali :P..
ReplyDeletekenapa bahan dr babi ni suke sgt org gune.. mcm jht tullah tektik mcm ni..
dah lama x makan gula2 getah
ReplyDeletesbb pernah ada cakap x halal
soo memang dah lama x makan , even anak2 ieda , ieda x bagi ;)
haha nasib baik la zuan dah tak brapa suka makan gulagula getah skarang ni
ReplyDeleteChewing gum! Halal ke tak eyh?
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteBagus info Atuk,kalau nak makan chewing gum jugak kena tengok yang ada halal Jakim. Kalau gula2 getah yang warna-warni tu memang tak pernah terdetik nak beli,rupanya ada gelatin ye. Alhmdulillah tak terkena..
Assallamualaikum En Razali,
ReplyDeleteHeran ye..yang tak kenyang tu org suka makan..lenguh mulut mengunyah.
Tak baguslah chewing gam ni, budak2 kecik boleh tercekik.
Salam.
ReplyDeleteSaya pantang tgk org makan benda tu, lepas tu sepah2kan di jalanan.
Atuk..ms zaman sekolah2 dulu..selalu beli gula2 getah yg seblh itam sebelah putih tu..sampai sakit mulut nak mengunyahnya..lagi satu..kalau naik kapal terbang mesti kena ada sb nanti takut telinga berdengung
ReplyDeleteyupppp dulu mmg minat kunyak gula-gula getah ni... bila baca ada laporan artikel ada campuran haram dan pewarna tak d benarkan tu... pastu tak berani dahh
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair windshield kena batu
kalau sy kunyah chewing gum, mesti perut lapar..
ReplyDeleteMcm mn bole jual gula gula getah dlm malaysia ya...sedangkan tdk halal
ReplyDelete