Saturday, March 31, 2012

Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi Jabatan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Seminggu lebih tidak mengemaskini dan menziarah kekawan PHD
Ini disebabkan persedian dan menghadiri
Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Koperasi Jabatan kami

Begini rupa meja seminggu dua ni


Hari rabu yang lepas menghadiri MAK di Melaka

Sungguh jauh beza suasana jalan raya di Bandar Melaka
dengan Bandaraya Kuala Lumpur.

Insyaallah pagi Ahad, 1 April, akan berada di Bandaraya Kuching pula
moga semuanya berjalan lancar.


Islam sangat menggalakkan mesyuarat (syura). Hal ini nyata dalam firman Allah yang bermaksud,

"Bermesyuaratlah dengan mereka dalam apa-apa urusan."
(Ali-Imran, 3:159)

Satu lagi firman-Nya yang berkaitan, maksudnya,

"Urusan mereka (orang Islam) dimesyuaratkan sesama mereka."
(As-Syura, 42:38)


WASSALAM


Friday, March 23, 2012

Terima Perutusan Raja dan Pemaisuri ...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mula-mula rasa hairan, apabila seorang jemaah STP
menghulurkan satu kotak berwarna kuning emas.
Tercetak "Perutusan Raja dan Pemaisuri Sehari"






Apabila dibuka, satu kad jemputan kahwin,
yang mana menjemput kami sekeluarga
ke Majlis Perkahwinan anak beliau.


Zaman dah berubah serta bertambah canggeh



“Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’

(Hadis riwayat Al-Baihaqiy)


Saidina Umar berkata: “Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah s.a.w orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak.


“Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah s.a.w berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah.”

(Hadis riwayat Al-Tirmizi)

WASSALAM

Wednesday, March 21, 2012

Hadiah Daripada Istanbul


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


"Cer teka natang apa ni?
Sesapa memola dapat teka tepat, dapat ler mende ni!
Tarikh tutup sampa next entry dipost yek.
Pikior, pikior!
Comey taw dia!"

Begitu la bunyi soalan yang terdapat dalam N3 seorang kawan alam maya MOH KEMBARA

Name geleme nyee YONG, teman panggil Hjh Yong. Follow melalui Salam Borneo, Ummiross
terpikat denga lorat perok dalam jalan cerite nyee


(N3 berkaitan, klik gambar)

Tenguk gambar di atas tu
jenoh memikior nyee...apee lee kee bendee nyee
teman berpandukan hanpon yang diletakan
gambor sebelumnyee, setokin...jadi yang ini teman anggap setokin jugee



(klik gambar untuk ke n3 keputusan)

ateee, tekaan teman udah lee betoi
jadi teman tak dapat menyongkit ke Turki
dapat hadiah daripade hasil tangan di sane udah cukup lee

Terima kasih banyok banyok yeee Yong


Jum kita terjah ke teratak Hjh Yong untuk mengikuti kisah-kisah kehidupan di Istanbul, Turki (klik gambar di atas)




Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

“Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan perasaan iri hati.”

(Riwayat Thabrani)




Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.”

(Riwayat Malik)


WASSALAM

Tuesday, March 20, 2012

Gula-Gula Getah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Saya perhatikan semalam seorang kawan sepejabat asik mengunyah. Nampak macam sedap ajer, saya hampiri dia, mana tahu ada rezeki.

Rupa-rupanya dia mengunyah gula-gula getah. Dia menceritakan yang dia tak sempat nak memberus gigi pagi tadi. Sambil bersenam muka boleh juga mencuci gigi........ Eh eh...boleh ke macam tu....



Kawan-kawan semua ada peristiwa berkaitan dengan gula-gula getah ni....



Sejarah

Masyarakat Maya di Selatan Mexico merupakan masyarakat pertama yang menjumpai gula-gula getah. Salah seorang pahlawan mereka iaitu Kukulkan yang dianggap sebagai utusan tuhan sangat suka mengunyah gula-gula getah ini. Masyarakat Maya memanggil gula-gula getah ini chicle.

Gula-gula getah diperolehi daripada pokok liar sapodilla. Mereka menoreh dahan pokok itu dan menadah cecair getah yang keluar dari pokok itu. Apabila getah pokok itu membeku, ia akan mula liat dan kenyal.

Hobi mengunyah gula-gula getah ini mula merebak ke semua pelosok Amerika. Apabila Spaniards menawan kerajaan Aztex pada tahun 1518, mereka mendapati masyarakat di situ mengunyah getah.

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan gula-gula getah di pasaran ialah dua warganegara Amerika iaitu Thomas Adams Jr. dan William Wrigley Jr.. Dua orang ini telah memproses gula-gula getah secara bsar-besaran dan menjualkannya di pasaran pada tahun 1870. Jenama gula-gula getah keluaran mereka ialah Wrigley Chewing Gum.

Sejak itu, gula-gula getah mendapat perhatian seluruh dunia. Pelbagai perisa dan bentuk gula-gula getah terdapat di pasaran. Gula-gula getah juga bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa iaitu golongan remaja.

Maklumat dari Wikipedia



Berita

KUALA LUMPUR: Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.

Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Rujukan disini



sabda Rasulullah S.A.W

“Yang Halal itu sudah jelas, dan yang Haram pun sudah jelas, dan antara kedua hal tersebut terdapat yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas hala haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barang siapa yang berhati-hati dari perkara syubhat, sebenarnya ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.

(H.R Muslim)


WASSALAM

Saturday, March 17, 2012

Syukuri Nikmat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, sebelum Magrib semalam air telah dibekalkan seperti sediakala. Tapi pihak Syabas masih menyiapkan kerja-kerja mereka sehingga 9.30 malam. Tahniah dan terima kasih kepada mereka semua.



Sariy Assaqathi berkata :

Siapa yang tidak menghargai nikmat, maka akan dicabut nikmat itu dalam keadaan ia tidak mengetahui.



Al-Fudhail bin Iyadh r.a berkata :

Tetapkanlah mensyukuri nikmat, sebab jarang sekali nikmat yang telah hilang akan datang kembali..Sesungguhnya yang sangat mengetahui nikmat air itu , hanya orang yang benar-benar haus.



Dalam riwayat lain, Rasulullah saw bersabda :

Lihatlah kepada orang-orang yang dibawahmu, dan jangan melihat pada orang yang di atasmu, maka yang demikian itu lebih tepat untuk tidak memperkecilkan / meremehkan nikmat yang diberikan Allah kepadamu.



Allah swt. berfirman:

(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

Surah Al Anfaal, Ayat 11



Siapa yang tidak mengenal harga nikmat ketika adanya nikmat itu, maka ia akan mengetahui harga kebesaran nikmat itu setelah tidak adanya (lenyapnya).




WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...