بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Blues Geng yang popular pada tahun 80an. Pernah menonton persembahan mereka di Taman Tasik Perdana, percuma ajer, masa tu bujang terantang tang.
Pada Ahad yang lepas, kebetulan kumpulan ini baru memulakan persembahan mereka semasa kami sampai di Majlis Walimah anak kawan isteri, di Seri Gombak, yang bernama Nor Hafizah.
Suami kepada kawan isteri saya sedang bermain gitar
(mungkin kenalan rapat dengan Blues Gang)
Semoga pasangan pengantin bahagia dan senantiasa di atas landasan Islam hingga ke akhir hayat.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir.
(riwayat Bukhari & Muslim)
WASSALAM
Mana gbr pengantinnye atuk..
ReplyDeletehe he....
Deleteasyek tengok BG.....terlupa ambil gambar pengantin...
sempoi :D
ReplyDeletesantai.....
DeleteAssalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteDah lama tak dengar cerita Blues Gang ni kan, best lagi ke suara ito tu Atuk?
Waalaikumusalam Ummiross
Deletemacam dulu2....dengar macam dlm cd ajer
sampai terlupa ambil gambar pengantin...he he
Dulu2 BG ni top la kan... Makchaq makan kenduri rasa terganggu pulak bila muzik kuat2. Kalau pasang background slow tu ok la....
ReplyDeleteTapi lain orang lain citarasanya kan..
saya pun tak suka dgn muzik yg kuat2...tambah pula kalau dlm dewan...nak bercakap pun kena menjerit...
DeleteBG ni lagu yg slow2 ajer
jauh sikit drp kemah makan
mereka ni pro kan....he he
pandai mensesuaikan majlis
Blues Gang adalah hebat! Dengar lagu depa kat Sinar pon dah enjoy; apa lagi live show, kan Atuk?
ReplyDeleteterlama pulak kat majlis pada hari tu...he he
Deleteselamat pengantin baru buat Hafizah.
ReplyDeleteterima kasih
DeleteWahh best nya tengok Blues Gang secara live! Suami saya suka dengar lagu-lagu ITO!
ReplyDeleteramai yg lama menonton show BG pd tu hari
Deletemereka mengusik emak pengatin dan pengantin dlm lagu mereka...terhibur juga...