بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Menghadiri Program Seminar Pemahaman Garis Panduan Penyeliaan Koperasi, anjuran ANGKASA WP KL. Bertempat di Hotel Langkawi Seaview, pada 18-20 Januari 2013.
Pukul 11.30 malam keluar daripada rumah kemudian mengambil 3 orang kawan.
Singgah di Sungai Petani, mengambil seorang lagi kawan.
Sampai di Kuala Perlis lebih kurang pukul 8.15 pagi.
Satu satunya kelebihan Langkawi pada saya ialah melihat bot-bot yang perbagai rupa
Sebelum apa-apa cari hadiah untuk orang yang tinggal dulu
(mungkin dah turun harga kut...sebab kat Pengkalan Kubur dulu harganya RM400++)
Oleh kerana semua ALK hadir dalam seminar ini
kami adakan mesyuarat bulanan pada petang Jumaat
Malamnya acara perasmian dan seminar berlangsung 2 hari
Kelebihan hotel ini, saya suka sebab dihidangkan banyak ulam-ulam kampung
Menentang Penguasa Yang Jahat.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu”
(Riwayat Muslim)
WASSALAM
Assalamualaikum atuk
ReplyDeleteWah, tu kampung saya tu..walaupun sekarang mak dah pindah perlis..:)
rindunya nak balik sana...:)
Waalaikumusalam Rulza
Deletedekat sangat tu...boleh selalu balik
Mesti org yg ditinggalkan happy dpt hadiah..
ReplyDeleteMakchaq masih guna pinggan yg dah diguna sejak 25 tahun dulu.. Tak jemu lagi.. pi langkawi pun tak pernah beli pinggan, beli sudu saja..
Salam Mak Chaq
Deletememang dah nak beli
sebab pinggan yg lama dah banyak yg pecah
wah dah datang tak cakap pun atuk..kata nk makan nasi arab hehe
ReplyDeleteSalam Solehah
Deletetu hari memang ada niat nak jumpa
tapi ikut kawan2 dan seminar ada kelas siang malam
Insyaallah...lain kali ...nak rasa nasi arab orang Langkawi...he he
wah... weekend ni say plak nak pi langkawi
ReplyDeleteSalam Afeezz
Deletetolong tengok bekas tapak kasut saya kat Pantai Cenang...he he
hahahaha..gambar pinggan corelle tu ada larangan "Dilarang Mengambil Gambar" tau Atuk...:)
ReplyDeleteSalam DZ
Deletehe he...memang saya ambil dengan note tu...
saya tanya kat jurujual tu..dia kata tak boleh
bagaimana saya nak tunjuk kat isteri
dia kata...pandai2 abang ajer le
tapi jangan depan saya katanya....
senyum lebar lah org yg ditinggalkan bila ada sesuatu utk dia....Coklat tak beli ker TUK??..
ReplyDeleteSalam Eye
Deletesenyum melebar...he he
coklat ada..untuk anak2 senyum
Assalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteWaa corelle hijau tu cantik atuk..
Waalaikumusalam Ummiros
Deletekalau Ummi datang...saya hidang dgn pinggan ini...he he
bestnya ..
ReplyDeletenak ole2 tuk ! ;)
Salam Ieda
Deletekena datang kat KL... :)
PM bulan depan pergi Langkawi utk bercuti...;)
ReplyDeleteSalam PM
Deletekalau musim cuti sekolah
barang2 agak mahal
Hj Rozali,
ReplyDeleteBoss lama saya Hj Ismail Nordin pun ada....Hj Mustapha ada sama ker
Salam En Rosli
Deletemereka ni semua orang kuat
misti ada...
Salam Diana
ReplyDeletetak sempat...penuh dgn ceramah