Thursday, January 3, 2013

Gangguan Bekalan Air

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Air o air
Mengapa kau tiada
Bagaimana aku nak ada
Orang 'niagakan' aku


Kawasan perumahan saya (Hulu Kelang)
bekalan airnya on & off


Jual beli air

            Air sungai, air laut, mata air dan hujan semuanya milik manusia bersama, tak ada seorang pun yang berwenang lebih utama dari yang lain, dia tidak boleh dijual dan dibeli selama masih ditempat aslinya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah saw. bersabda:

 “orang-orang Islam itu berserikat dalam tiga hal yaitu : Air, tempat penggembalaan dan api”.

 Rasulullah shalallahu’alahi wasallam bersabda:

 “Nabi melarang jual beli Air.” Dalam riwayat lain menyebutkan “ Nabi melarang menjual kelebihan air agar dapat menghalang-halangi rumput”.

            Para ulama berselisih pendapat dalam menafsirkan larangan tersebut. Sebagian mereka mengartikannya pada keumumannya.mereka mengatakan bahwa tidak boleh menjual air secara mutlak baik dari sumber, kolam, atau mata air, baik ditanah milik sendiri maupun bukan milik sendiri. 

sumber : disini


Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan larangan menjual air. Namun, setelah dikumpulkan segala hadis2 berkaitan dengan hukum ini, para ulama membuat kesimpulan;

Air yang berada dalam sungai atau laut, haram dijual. kerana itu adalah hak kepunyaan semua.

Orang yang menceduk air sungai atau laut, kemudian membawa balik air itu, HARUS menjualnya kerana ia sudah menjadi hak milik khusus baginya. sebagaimana orang yang mengutip kayu api di hutan HARUS menjualnya kerana telah menjadi miliknya.

Orang yang mempunyai telaga atau mata air di satu kawasan tanaman, dan air telaganya MELEBIHI keperluan dirinya, maka HARAM menghalang orang lain mengambil airnya secara percuma untuk tujuan menyiram tumbuhan2 di sekitarnya.

sumber : disini


WASSALAM

14 comments:

  1. Assalamualaikum....Masyaallah kat malaysia air melimpah ruah masih tak cukup untuk kegunaan...kami di sini tiada tempat tadahan air seperti ulu klang tapi tak pernah putus hatta musim haji ketika jemaah berada dalam lingkungan 3 juta.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. alahai atuk.. xder air ker...banyak urusan tergendala kalau xder air ni tok..

    ReplyDelete
  3. harap masalah kerosakan tu cepat2 la SYABAS selesaikan

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk..sbaar la ye menghadapi dugaan xdde air..spya kt lebih mensyukuri nikmat air slp ni..

    ReplyDelete
  5. as-salam atuk..
    susah tak ada air..aktiviti harian pun terganggu.harap2 masalah atuk tidak berlarutan

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Moga Allah permudahkan segala urusan harian tuan sekeluarga , ameen

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum atuk...semoga dipermudahkan semuanya yer...:)

    ReplyDelete
  8. Kawasan anak saya Cheras kabarnya tak de air seminggu, berkelanalah mereka tidur di rumah mama -ramai2! yg anak ramai dan anak kecik mcmmana .?

    ReplyDelete
  9. Salam...

    Terasa seksa bila air kerap tiada...

    ReplyDelete
  10. siksanya bila air terputus... dulu selalu alami masalah ni terutamanya musim raya

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum atuk..

    sabar ye..

    ReplyDelete
  12. salam


    sedih kalau berak pun nak kena tayammum hehehehe

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum THR
    Cabaran tahun baru tu tuan haji.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum atuk

    masalah besar kalau takde air ni kan. baek takde letrik, jangan takde air

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...