Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul - 1434


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





Pengertian dan Peristiwa Penting bulan Rabiul Awal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah buahan mula berbunga dan setersnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini sehinggalah sekarang. Manakala maksud bagi bulan Rabiul Akhir atau Rabiul Thani pula ialah bulan kedua musim bunga.

Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

1. Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw.
(12 Rabiulawal tahun gajah).

2. Perlantikan Nabi menjadi rasul.
(berumur 40 tahun)

3. Hijrah
- Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al Munawwarah
pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di  Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan
- Peperangan Safwan (Badar Pertama)
- Bawat, Zi Amar (Ghatfan)
- Bani An-Nadhir
- Daumatul Jandal
- Peperangan Bani Lahyan

5. Wafatnya junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.
(Hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632 M.)
- wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi Khalifah
- Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra. di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra. Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq
- Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra. telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman Saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis
- Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan Salib dan seterusnnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol
- Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.



Sumber disini


WASSALAM

6 comments:

  1. Terima kasih, walaupun ada peristiwa yg dah tau, ada juga yg baru tau

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul atuk..

    Syukran atas perkongsian ni..=)

    ReplyDelete
  3. terimakasih.
    Byk betul yg saya tak tahu!
    Makna rabiul awal pun tak tahu!

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum wbt THR

    Orang tua dulu-dulu panggil bulan ni bulan mulod atau sulung mulod (maulud). Then ada bulan buah, bulan berapit tapi saya tak tahu bulan mana satu yg dimaksudkan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...