Wednesday, June 15, 2011

Ukhwah di Kuching, Sarawak-Kuching-1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Saya doakan kawan kawan semua senantiasa berada dalam keadaan sihat selalu supaya dapat beribadah dengan sempurna. Terima kasih juga, kerana kawan semua tidak jemu jemu, sudi menziarah PHD, walaupun 4- 5 hari ini saya tidak sempat bersiar, kerana berada di bumi Sarawak untuk menghadiri mesyuarat koperasi jabatan kami.

(klik gambar untuk ke blog beliau)

Dalam kesempatan yang ada, dengan senang hati Ummiross tuan punya blog Salam Borneo sudi untuk bertemu setelah saya hunggi beliau

Ummiross begitu gembira dan sungguh ceria serta senang hati menyambut kami di Lapangan Terbang Antara Bangsa, Kuching, Sarawak, bersuama hubby beliau. Kami pun dihantar ke hotel.

Permulaan di alam maya bersama PDKM, menjalinkan ukhwah hingga ketanah Borneo

Ummiross seorang pengusaha jualan on line yang telah berjaya, disamping kelahiran darah Semenanjung, memperkenalkan bahan hasil tempatan Serawak ke antara bangsa, khususnya ke Semenanjung.

Saya bersama isteri serta anak yang ke lima dan anak yang ke enam

Malam kedua kami diraikan dengan makan malam, melihat diwaktu malam sekitar Bandar Kuching. Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bangunan Astana, kediaman rasmi Gabnor Sarawak

Tanda ingatan PHD dengan Salam Borneo (hubby Ummiross)

Hari ketiga, kami berjumpa lagi di airport. Buah tangan daripada Ummiross, kek lapis Sarawak, sungguh sedap, kerana dibuat oleh pengeusahanya sendiri.

Kami sungguh terharu atas sambutan dan layanan yang diberikan kepada kami oleh Ummiross dan hubbynya. Moga Allah balas atas keikhlas mereka dengan kebahagian hingga ke Syurga serta ukhwah yang berkekalan.

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan.”
Sahih Bukhari

firman Allah s.w.t yang berbunyi:
“ Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. ”
(Surah A-li ‘Imran : Ayat 112)


Wassalam

12 comments:

  1. waalaikumsalam abe : sy tahun depan akan ke sarawak.. tak sabar rasanya..

    ReplyDelete
  2. Salam Atuk,

    Indahnya persahabatan walaupun bermula dari alam maya..silaturrahim yang Allah sangat galakkan..

    ReplyDelete
  3. salam THR,

    alhamdulillah...berkat ukhuwah fillah

    Sedap nmpak kek tu...ade lagi ke???pos la sini pulak...
    mudahan bisnez umiross juga terus diberkati ALLAH.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Afeezz

    memang seronok ke Sarawak
    lenguh kaki pun tak habis lagi nii

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Kak Sidah

    memang indah akak
    tambah pula macam ummiross tu..
    peramah..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Ain

    memang sedap
    ain kena dtg kerumah saya ler
    nanti rugi pulak duit pos..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Asslamualaikum Rozali..

    Salam ukhwah dari kami di Kuching buat Rozali sekeluarga, terima kasih jugak dari kami atas souvenir dan tanda ingatan.

    Gembira dapat berkenalan dengan Rozali sekeluarga, orang baik2, semoga ukhwah berkekalan. Maafkan kami jika ada kekurangan..

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Ummiross

    Amin amin amin
    moga ukhwah berpanjangan

    kalau balik ke Semenanjung jangan lupa singgah di rumah kami

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. salam atuk..

    AMy belum pernah ke sana lagi , ada perancangan but kena tunggu amirul dapat cuti dulu..

    p/s: Atuk sihat??

    ReplyDelete
  10. wa'alakumsalam atukk... seronoknya dpt jumpa kak rosss... ntah bila lah rezeki saya pulak. tengok tajuk tadi pun dah terbayang salam borneo.

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Amy

    kalau pergi ke Kuching, kena 4-5 hari
    baru puas berjalan

    ps: atas ingatan amy, saya sekeluarga sihat.Alhamdulillah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Salam Liza

    memang seronok jumpa keluarga ummiros, peramah

    rugi kalau tak jumpa ummi...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...