Tuesday, February 21, 2012

Kak Ngah Bercuti Seminggu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi tadi saya membaca komen daripada ummu tentang N3 saya sebelum ini Kak Yang - Sem II, antara yang ditulisnya
'terkenang kpd bapa saya yg tetap hendak menghatar saya walau saya dah ke universiti tiap kali saya balik ke asrama'


Saya kaitkan kisah tengah hari semalam, dimana, saya, isteri dan Abang Cik (tak ke sekolah kerana demam) pergi ke LCCT untuk menjemput Kak Ngah, daripada Jakarta. Pulang bercuti seminggu, sebelum dia bertukar ke hospital lain untuk menuruskan practicalnya.

Pada mulanya saya suruh Kak Ngah naik bas daripada LCCT ke KL Central, dan ambil dia kat situ ajer. Tapi, sehari sebelum dia balik, kami buat keputusan untuk mengambil dia di LCCT. Perasaan kesian dan tanggungjawab kepada anak, Alhamdulillah, Allah ruangkan masa waktu bekerja kami untuk menjemput dia dari airport.


Sabda Nabi saw.

“Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak”

(HR Muslim)




Pernah satu ketika Umar ibn al-Khattab mengatakan kepada seorang ayah yang tidak menunaikan tanggungjawabnya “Kamu datang berjumpa aku mengadu anakmu yang derhaka sedangkan kamu terlebih dahulu derhaka kepadanya, kamu berlaku buruk kepadanya sebelum dia berlaku buruk kepadamu”



WASSALAM

25 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk..

    Bertuah kakngah punya ibu bapa yang prihatin Dan bertanggungjawab. Ini semua kerana ada Nya kasih sayang yang tidak berbelah bagi..

    Unconditional love .. :)

    ReplyDelete
  2. bila ada yang menjemput tu
    terasa la betapa dia dirindui..:)

    ReplyDelete
  3. Salam Saiazuan

    Insyaallah

    terima kasih

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam DO

    setahun sekali balik, kena layan lebih...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam Diana

    memang itu tujuanya....

    terima kasih

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Atuk..
    rasa gembira bila anak ada dipangkuan keluarga...mcm2 lah hidangan istimewa org umah masak nanti.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Atuk..

    Alhamdulillah, kasih ibu bapa tiada tandingannya..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk : beruntung anak2 zaman sekarang. masa saya dulu, mak ngan ayah hantar sekali jer masa mula2 masuk, lepas tu pandai2 sendiri lah balik...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, beruntung anak2 ada ibu bapa yg bertanggungjawab sebegini.. semoga saya dapat mengambil contohnya juga bila anak2 makin membesar nanti.. agar saya dan suami dapat sama2 menjaga hak kami terhadap anak2..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillahh .. kak ngah balik bercuti , melempias rinduu yg lama lah tuu ;)

    ReplyDelete
  11. salam
    mesti mak bonda tersayang memasak yg special utk puteri kesayangan semasa dia berada di rumah,kan...:)

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Zue

    he he...dah macam2 minta dimasakan

    terima kasih

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Ummiross

    disamping memberi pengajaran

    terima kasih

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Afeezz

    saya pun dulu macam tu
    tapi mereka tak ada kemudahan
    kini kita ada lebih sikit ni
    buat yg terbaik utk anak2

    terima kasih

    ReplyDelete
  15. Salam Hanis

    Insyaallah
    drp apa yg kita pelajari drp mendengar tazkirah...kita lakukan yg terbaik

    terima kasih

    ReplyDelete
  16. Salam Ieda

    setahun sekali berjumpa....

    terima kasih

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Kamsiah

    macam2 dia minta....adik yg ada kat rumah ni pun ambil kesempatan suruh kak ngahnya minta kat ibu macam2..he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  18. Salam Atuk
    Semoga anak2 kita dalam peliharaan dan penjagaan Allah SWT. Hati ibu bapa mana yang tak sayangkan anaknya...kan atuk
    terima aksih Atuk
    kerana sudi memilih komentor saya
    dan link kan blog saya.sangat saya hargai.

    ReplyDelete
  19. Salam Tuan Haji,

    Bertuah anak2 Tuan Haji. Saya dulu selalu buat keja sendiri2 sbb tak mau susahkan orang tua. Kesian kat diorang, dah tua2.

    ReplyDelete
  20. mesti kak ngah sangat terharu.. :)

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Ummu

    Insyaallah...amin

    sesekali kena promosi kekawan....

    terima kasih

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Hjh Yong

    kira2 pengajaran kpd mereka, supaya mereka menghormati orang yg lebih tua drp mereka

    terima kasih

    ReplyDelete
  23. Salam Suya

    sama2 merindu....

    terima kasih

    ReplyDelete
  24. EEEMMM lain rasanya jika ada yang menjemput.... gembira bercampur rindu pada anak-anak ...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy tukar manual transmision oil

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...