Monday, February 27, 2012

Makanan Tengahari Ahad


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dua tiga hari yang lepas agak sebuk sedikit, itu yang tidak bersiar. Diucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung PHD. Maaf kerana tidak sempat membalas kunjungan.

Selepas solat Jumaat, terus ke Banting, ambil Kak Uda. Kemudian singgah UPM, ambil Kak Yang pula. Hari sabtu yang lepas adakan majlis sedikit, Insyaallah saya buat N3 nanti.

Alhamdulillah, kali ini kami dapat berkumpul kesemuanya, 8 beranak. Kesempatan ini ibu mereka memasak laksa yang menjadi makanan kegemaran keluarga kami, pada tengahari ahad semalam.








Sebelum makan makanan berat, kami makan rojak buah,
ikut Sunnah Nabi saw., makan buah-buahan terlebih dahulu


Ini rezeki saya semalam



Hak mendapat perbelanjaan. (nafkah sara hidup)

Wajib atas bapa membelanjakan untuk anak-anak mereka selagi mereka tidak memiliki wang sendiri. Bagi anak lelaki, tanggungjawab bapanya berterusan sehingga dia bekerja dan bagi anak perempuan sampai berkahwin. Jika bapa tidak melaksanakan perkara yang di pertanggungjawabkan ke atasnya ini berdosalah dia berdasarkan hadith Nabi S.A.W :

"Cukuplah seseorang itu berdosa jika dia meninggalkan memberi makan yang di bawah jagaannya".


Disebabkan manusia lebih suka anak lelaki, maka Nabi telah mewasiatkan untuk menjaga anak perempuan dengan baik. Sabda Nabi S.A.W :-

"Sesiapa yang menjaga 2 orang anak perempuan (dengan baik) nescaya akan masuk syurga. Aku dan dia seperti ini dan menunjuk 2 jarinya jari telunjuk dan jari tengah".


Bapa perlu membelanjakan untuk anak-anaknya daripada mata pencariannya yang halal supaya Allah memberkati rezekinya itu.


WASSALAM

26 comments:

  1. assalamualaikum atuk : kalau saya, makan rojak buah jer, febret tuh. kalau yg ade kacang tu lagi suker. laksa kureng sket lah...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk,
    bestnya laksa dan rojak..mmg feberet sy ni...asal gi pasar mlm mesti cari laksa...x kiralh laksa penang/johor atau laksam.

    ReplyDelete
  3. sedapnya laksa penang..terasa nak makan laksa pulak lepas tgk gambar tu..hehe

    ReplyDelete
  4. assalam bro rozali.


    masyallahhh..sedapnya. dah lama tak makan laksa penang..mintak sikit..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Makan kat gerai tepi dewan kuning tu pun best....bila nak panggil belanja makan??? soundla...

    ReplyDelete
  6. salam tukkkk
    oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
    kegemaran saya nieeeeeeeeee ;)

    ReplyDelete
  7. owh, makan buah trlebih dahulu rupanya.. slama ni zuan mkn buah lepas makan berat..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk...wah mesti berselera semuanya makan laksa tu...seronok anak beranak makan bersama2kan...:)

    ReplyDelete
  9. As-Salam Atuk..

    Feberet suami saya laksa ni..rojak buah tu buat saya menelan air liur...

    ReplyDelete
  10. Salam cik rozali

    kalau zaman remaja dulu...inilah 2 feberet makanan waktu tu...kfc, pizza, chicken chop lamb chop jauh sekali apalagi nak dengar namanya heheh

    zaman sekarang bagai2 adakan..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Afeezz

    masa tu kacang tanah dah habis
    janji ada sos dia ajer...

    terima kasih

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Zue

    kalau suka laksa...tentu pandai masak laksa...kan...

    terima kasih

    ReplyDelete
  13. Salam Daddy Ziyyad

    nanti cari kat pasar malam...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Yan

    inagt nak pos tu hari..
    takut tak balik drp Bali lagi...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Cikgu Ahmad Humairi

    saya belum pernah cuba makan kat gerai tu lagi...
    Insyaallah nanti saya belanja he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Ieda

    sorryyyyyy....


    terima kasih

    ReplyDelete
  17. Salam Saiazuan

    itu ikut sunah tu...
    sila amalkan untuk kesihatan sendiri

    terima kasih

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Mama

    beselera.....sebab jarang2 dapat berkumpul semua

    terima kasih

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Aye

    kena beli kat pasar malam nanti...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Shami

    saya dulu pun tak tahu menahu pun KFC...he he

    terima kasih

    ReplyDelete
  21. MENU HUJUNG MINGGU SAYA PUN LAKSA...
    :P

    ReplyDelete
  22. Salam Diana

    sama menu kita...

    terima kasih

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Atuk...

    Amboi Atuk ni... Buat saya kecur-kecur jek nih. Heheh

    ReplyDelete
  24. hoooo rojak buah yang mengiurkan.... mmg meleleh air liur dibuatnyerrr...

    laksa penang mmg saya suka...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy pasang flash brake light

    ReplyDelete
  25. sedapnya laksaaaaaa...my feveret ni atuk.,..!!

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...