Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



untuk diri atuk


Allah memberi manusia akal membolehkan berfikir perkara baik.

Allah berikan manusia hati supaya menjadi timbang tara di antara emosi dan fakta supaya tidak melampaui faktor syarak.

Allah berikan manusia nafsu supaya tidak menjadi kuda liar, sebaliknya memiliki tali kekang yang dapat memandu dan menjinakkan manusia ke arah jalan kebaikan.

Allah berikan manusia pancaindera supaya ia berfungsi ibarat air jernih memasuki mudriqah atau takungan dalam hati.

Begitu juga menjadikan hati sentiasa dalam keadaan mahmudah dan nafsu berada pada tahap mutmainnah atau nafsu di air tenang.

Sayangnya kelupaan dan kelalaian manusia menyebabkan faktor akal menjadikan pemikiran berkembang tidak selari dengan syarak.

Hati yang subur melampaui miqat atau batasan yang Allah reda.

Nafsu yang bergejolak terpaut dengan perkara mungkar.

Pancaindera yang ada berfungsi ke arah benda maksiat, haram dan akhirnya manusia di belenggu dengan pengaruh iblis dan syaitan.

Prof Dr Sidek Baba


WASSALAM

13 comments:

  1. Selamat tahun baru 2013. Semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  2. bertambah lagi usia kita,kan atuk..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Atuk..

    Selamat tahun baru Atuk and family.
    Semoga sentiasa dalam rahmatNya.

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru atuk..moga tahun ini lebih baik dr tahun sebelumnya....

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru tuk ..
    semoga lebih ceria , cergas dan panjang umur hendaknyeee ;)

    ReplyDelete
  6. as-salam atuk..selamat tahun baru..
    semoga lebih bersemangat lagi dengan azam tahun ini

    ReplyDelete
  7. salam atuk,

    semoga kita dijauhi prkara demikian kan :)

    selamat tahun baru atuk

    ReplyDelete
  8. assalam atuk, baik punya cek tuu...

    hrus ada kekuatan untuk menempuhi kehidupan yg semakin mencabar di thn 2013 ini, selamat !

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ATUK... salam perkenalan...

    Singgah blog Atuk

    ReplyDelete
  10. Wasalam Atuk...

    ye Selamat Tahun Baru juga kpd Atuk n semoga thn baru ini membawa sinar juga kpd Atuk ngan keluarga..InsyaAllah...Amin

    (^__^)

    ReplyDelete
  11. syukur diatas segala pemberian Nya..

    ReplyDelete
  12. Selamat th baru. Moga sentiasa dlm rahmat Allah kita semua.
    Duit apa tu, belanja cikit...
    Kata2 tu sungguh benar sekali. Sama2 kita hayati.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...