بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Pagi semalam, saya serta beberapa kakitangan lain mewakili jabatan hadir ke Program Tafaqquh Fiddin Perdana sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah, di Pusat Islam. Anjuran Jabatan Agama Islam WP.
dalam Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam
Penceramah YBhg. Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
Dari peristiwa Hijratul Rasul, dapat diambil beberapa pengajaran yang penting dan berguna buat generasi anak muda kini. Antaranya ialah sikap optimis Saidina Ali. Atas dasar kecintaan dan keyakinan kepada janji Nabi s.a.w., beliau sanggup menggantikan baginda di tempat tidur baginda . Beliau tidak gentar akan risiko cubaan membunuh Baginda s.a.w. oleh pihak Quraisy kerana beliau optimis terhadap arahan Baginda s.a.w.
Ketika itu, Baginda s.a.w. berkata kepada Saidina Ali bin Abi Talib:
“Tidurlah di atas tempat tidurku, berselimutlah dengan selimut al-Hadrami yang berwarna hijau ini. Mereka tidak akan dapat melakukan apa-apa yang buruk terhadapmu.”
Sebelum itu Baginda s.a.w. berpesan kepada Ali r.a. agar beliau tidak bersama pada tarikh Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, beliau dikehendaki menyerahkan semua harta benda yang ditumpangkan oleh orang ramai di rumah Nabi s.a.w.
Sesungguhnya kejujuran dan sifat amanah Nabi Muhammad s.a.w. dikenali orang ramai sejak dari alam kanak-kanak lagi. Sebagai seorang yang sifat amanah, mendorong orang-orang Makkah menaruh kepercayaan sejak baginda belum menjadi Nabi dan Rasul lagi.
Rumah Nabi s.a.w. seolah-olah rumah kebal bagi penduduk Makkah menyimpan harta mereka. Sebab itu secara senyap-senyap mereka minta jasa baik Nabi agar sudi menyimpankan harta mereka, untuk mengelak dari perbuatan khianat orang-orang jahat. Penduduk Makkah yang memiliki harta walaupun sedikit, pasti memilih untuk mengamanahkan harta mereka kepada Muhammad s.a.w.. Kerana orang-orang Makkah tahu kejujuran dan sifat amanah Nabi s.a.w..
Oleh kerana Allah SWT telah memerintahkan Nabi supaya meninggalkan kota Makkah berhijrah ke Madinah pada waktu yang terdekat, maka saidina Ali r.a. diberi tugas untuk menyerahkan kembali semua harta orang ramai yang dimanahkan kepada Nabi s.a.w. dan tersimpan dirumah Nabi s.a.w. itu. Nabi sedang memberi tumpuan terhadap arahan Allah SWT untuk meninggalkan rumahnya pada malam itu, justeru baginda tidak berkesempatan untuk memulangkan harta simpanan orang ramai dalam waktu yang suntuk.
Pada saat rumah Nabi s.a.w. telah dikepung oleh kafir Quraisy, orang ramai masih belum mengambil harta milik mereka di rumah Nabi s.a.w.. Ini bererti kepercayaan orang ramai terhadap Nabi tidak berubah, walaupun pada saat yang begitu genting dan mencemaskan. Kepercayaan itu berasaskan keperibadian Nabi s.a.w. yang amat tinggi, iaitu jujur, amanah, tidak mengambil kesempatan atas kepercayaan orang ramai bagi kepentingan diri.
Firman Allah,
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Surah Al-Baqarah: 218)
Wassalam
....mengajak anak muda mencontohi Saidina Ali. Sedang sunah Rasulullah pun kita susah nak ikuti. Malah, perkara asas pun ada yg minta dalil nas sbg pengesahan halal haram.
ReplyDelete=(
Salam cik rozali
ReplyDeleteProgram yg baik...
Jujur, amanah dan tidak mementingkan diri sendiri, suatu sifat yang baik dan perlu di terapkan dan dibentuk bermula dari dalam ahli keluarga, masyarakat, organisasi. Negara akan maju aman dan damai dengan adanya rakyat yang sebegini..insyallah..
MasyaAllah! Begitulah hebatnya akhlak Rasulullah dan sahabat.
ReplyDeleteassalamualaikum syeikh..
ReplyDeletebila-bila masa pun saya sentiasa teruja membaca sirah rasullullah.. mengenangkan kasih sayang baginda, air mata sering menjadi terlalu murah..
rasa tak puas membaca catatan ini.. teruskan syeikh..
t kasih krn sudi singgah dan membaca blog saya yang melalut tu.. salam ukhwah dr atasnamaaku..
insyaalahhh semoga semua ini menjadi contoh terbaik buat kita .. aminnnnnnnn
ReplyDeletemampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletemudah2an di akhir zaman ini masih ramai anak2 muda Islam yg mencontohi sifat Rasulullah SAW dan Saidina Ali RA..
Saya baru habis membaca kisah Bonda Nabi..sedih dan hiba dan teruja sgt2 membaca kisah semasa Bonda Nabi SAW mengandungkan Baginda..
salam
ReplyDeletesaya pasti dan yakin...ramai anak2 muda tak tahu jika ditanya tahun hijrah..berbanding th masihi...
salam atuk
ReplyDeletesya suka baca en3 ni, dan alhamdulillah berkat anak belajar di SRAI anak anak dara menumpang baca pun belum habis baca dah boleh cerita sirah nabi kita ni.
salam atuk,
ReplyDeletealhamdulillah dapat juga visit atuk ni. lama tak dapat ziarah.
SALAM,
ReplyDeleteTKASIH ATAS PERKONGSIAN. SUKA MENGIKUTI MAJLIS2 ILMU YANG DIKENDALIKAN OLEH DR ZULKIFLI.
p/s. ATUK SEKELUARGA DIJEMPUT KE BBB PD 18 DIS INI
suka luangkan masa baca entri yang bermanfaat macam ni,.. sambutan maal hijrah peringkat sekolah x da la taun ni sbb time cuti, kalau tak,.. mesti ada ceramah agama juga untuk pengisian rohani murid2 dan cikgu murid..
ReplyDeletesmoga mnjadi contoh yang baik buat semua...amin
ReplyDeletehuhuhuhu..
ReplyDeletejauhnye nak jadi seperti Saidina Ali..
assalamualaikum atuk...satu program yang amat2 baik sekali...:)
ReplyDelete