Friday, December 16, 2011

Hasil Karya Saari Sungip Yang Ke 38

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Malam tadi, di STP, selepas solat Magrib, diadakan satu Majlis Diskusi Buku yang bertajuk Islam Demokrasi dan Hak Asasi Manusia yang ditulis oleh YB Saari Sungib, Adun Hulu Kelang.


buku beliau yang ke 38

Ahli penal terdiri daripada Ustaz Idris Ahmad dan Tn Haji Syed Ibrahim Syed Noh dan dipengerusikan oleh Ust Moktar Zaidi

YB bersama para jemaah STP

Saya belum kesempatan membaca buku itu, tapi sempat membaca beberapa atikal daripada google


Demokrasi memerlukan pendapat kebanyakan manusia dalam membuat undang-undang. Ini bertentangan dengan firman Allah:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Maksudnya:
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”
[al-An'am:116]

Mereka yang menggunakan demokrasi untuk menegakkan hukum Islam adalah menyalahi Islam kerana hukum Islam tidak boleh mengikut kebanyakan manusia, bukan untuk didebatkan sama ada perlu dilaksanakan atau tidak kerana firman Allah:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

Maksudnya:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya Maka sungguhlah dia Telah sesat, sesat yang nyata.”
[al-Ahzab:36].



A. Hassan menyatakan dalam bukunya Islam dan Kebangsaan, Pemerintahan Cara Islam, Islamlah yang lebih dahulu mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi bukan negara-negara Eropa, dengan dalil Nabi Muhammad saw., telah mendidik umatnya bersikap demokrat. Hal itu bisa dilihat dari perkataan Abu Bakar Shidiq dan Umar bin Khattab ketika terpilih menjadi khalifah. Dalam khutbahnya, Abu Bakar mengatakan, “Wahai manusia, sungguh aku telah memangku jabatan yang kamu percayakan, tetapi bukanlah aku yang terbaik di antara kamu. Apabila aku melaksanakan tugasku dengan baik bantulah, dan jika aku berbuat salah maka luruskanlah aku….”

rujukan disini



WASSALAM

18 comments:

  1. Islam bukan teokrasi ,bukan demokrasi, tetapi NOMOKRASI,dimana kekuasaan berada dalam aturan syariat iaitu di dalam al quran & hadis

    Demokrasi
    Perkataan demokrasi berasal dari bahasa Yunani “demos” (rakyat) dan “kratos” (kekuasaan). Aristoteles menulis dalam bukunya “Organon”, mendefinisikan pemerintahan demokrasi sebagai “ penguasaan dalam pemerintahan yang dibahagi-bahagikan menurut pemilihan atau kesepakatan”.
    http://jpp.perubatan.org/2010/11/menjejaki-sejarah-demokrasi-dalam-islam

    Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
    (Demokrasi Di Malaysia Dasar Perlembagaan dlm (jawatankuasa Reid & Kontrak Sosial)

    ReplyDelete
  2. Dalam erti kata lain, demokrasi ikut suara Majoriti ramai,jika masyarakat majotiri Bersetuju Gay & Lesbian di terima di dalam masyarakat,maka golongan ini di terima....shortcutnya IKUT SUARA RAMAI ...DEMOKRASI.....

    ISLAM :
    Apabila seseorang murtad maka wajib bunuh

    Demokrasi :
    Biarkan saja kerana terbuka memilih agama :)

    Tepuk Dada Tanya iman

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Banyak membaca bagus, tak kira apa sumbernya...asal tau menapis.

    ReplyDelete
  4. saya tapis2 tu la yang buat apa yang saya baca sikit je..
    ekekeek

    ReplyDelete
  5. dalam al-Quran semua dah ada.. kan Allah dah kata.. kalau kita follow quran dan sunnah nabi, kita tak akan sesat di dunia ni..

    ReplyDelete
  6. dalam al-Quran semua dah ada.. kan Allah dah kata.. kalau kita follow quran dan sunnah nabi, kita tak akan sesat di dunia ni..

    ReplyDelete
  7. Salam Helmy

    Kata as-Syeikh Abd. Rahman as-Sa‘di:


    Terjemahan: “Asal hukum dalam ibadat adalah dilarang; maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam muamalat dan kepenggunaan seluruhnya adalah harus; maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya”.

    (Taisir al-Latif al-Mannan fi Khulasah Tafsir al-Ahkam : 1/299)

    rujuk http://hilmi07.al-fikrah.net/News/article/sid=33.html

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Salam Fara

    berblog salah satu perkara menambahkan pengetahuan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Salam Lady

    saya pun kebetulan ajer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Hjh Yong

    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Salam Diana

    sikit2 lama2 banyak

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Salam Zul Fattah

    Insyaallah
    Al Quran dan Hadis penunjuk jalan yg benar

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. salam
    saya seronok berada dlm majlis2 ilmu,rasa tenang dan dekat dgn ALLAH...

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum Atuk

    Aduhai ashik tayang buah durian ajerlah..bestnya

    ReplyDelete
  15. so kesimpulan saya :

    Mana ada Islam Demokrasi
    (Seperti Dlm gambar & seperti di ceritakan atuk pd saya di pejabat),

    Umpama Minyak Dan Air ,
    Kita sepatutnya apabila pergi ke majlis ilmu , ilmu yg kita dapat kenalah di research & tapis2
    (merujuk BEBERAPA SUMBER e.g beberapa ahli ulamak yg KHUSUS dlm BIDANGNYA,di ulangi : KHUSUS DLM BIDANGNYA(PAKAR))
    untuk kepuasan Hati kita dan Peningkatan iman,Bertambah keyakinan kita Dalam Mendalami Ilmu Allah serta ikhlas dlm perbuatan , sememangnya dlm usaha untuk menghayati islam,kita ni umpama orang yang kehausan di padang pasir,TAPI apabila nampak air takkan nak terus teguk,kena TEST tahap kebersihan air , baru boleh di minum supaya sihat tubuh badan !

    sbb atuk kata : "rasulullah lebih dahulu menjalankan demokrasi dlm pemerintahan masa dlm ceramah ustaz tu di surau"

    Ustaz² ni kadang² terover cakap,sbb nak "canonkan" dgn situasi politik di malaysia

    Bila nak bicara sejarah nabi,cari la ustaz yg khusus pelajarannya sirah nabi,kalau cari yg bab kewangan islam,takut tak kena regu

    ("Terimalah satu ayat walaupun dari seorang budak" Dan jgnlah engkau sombong dan bongkak" serta Antara sifat riak pada zahirnya adalah orang yang mengherdik anak yatim, tidak mempedulikan orang miskin dan enggan menguatkan tali silaturrahim)

    ReplyDelete
  16. ceteknya ilmu sy..trime kasih atuk...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...