Tuesday, December 6, 2011

Manisnya Ukhwah Bersama Ayahanda Srengenge 1/2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setelah selesai majlis walimah adik bungsu saya di Bongor, Baling, Kedah, pada 19 Noverber yang lepas. Saya terus menyambung perjalan menuju ke Sik. Untuk berjumpa dengan kawan bloger, yang kami panggil Ayahanda, di Banggol Derdap

Pertama kali berjumpa pada Januari 2010, di Masjid Muadz bin Jabal, KL, bersama geng PDKM.
Blog beliau NGINAP-SRENGENGE....2007 BANGGOL DERDAP cawan grup http://nginapsrengenge.blogspot.com/

Entry ini lewat siarkan kerana selepas balik daripada Kedah, kena pergi menghadiri bengkel anjuran pejabat di Lumut selama seminggu, kemudian menguruskan majlis walimah adik di kampung pula

singgah sebentar di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lengong

kerja kerja naik taraf dah nak siap

sampai ke Pekan Sik, kami bersiar siar sebentar menyelami kehidupan Pekan Sik

sebelum ini cuma lihat dalam blog Ayahanda sahaja

Ayahanda menunggu di simpang jalan dan memandu kami ke Srengenge

ukhwah yang terjalin di alam maya berbuah di Srengenge

indahnya pertemuan

keadaan dalam rumah, kemas dan bersih, selesa

Ayahanda seorang yang periang dan peramah

hidangan makan malam

menu istimewa, gulai daging sayur umbut batang pisang

sama rancak dan sama sedap, bercerita dan makan

mimpi indah yang menjadi nyata bermalam di Banglo Srengenge


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada RasuluLLAH S.A.W., bersabda Nabi S.A.W.
Tiada beriman seseorang di antara kamu, sehingga ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri
[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Antara kelebihan bersilaturahim:

1. Mendapat keredhaan Allah swt

2. Dapat mengembirakan mereka, menurut sebuah hadis yg bermaksud “amal yang paling utama ialah menyenangkan hati orang mukmin”

3. Malaikat juga turut bergembira dengan orang yang suka bersilaturahim

4. Mendapat pujian dari kaum muslimin

5. Iblis berdukacita ( padan muko iblis laknatullah tu kan..)

6. Allah swt akan memanjangkan umur kita

7. Rezeki diluaskan dan diberkati Allah swt

8. Melapangkan roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia

9. Dapat memupuk rasa kasih sayang, saling bantu membantu dikalangan ahli keluarga

10. Apabila ia meninggal dunia, ahli keluarga akan sentiasa ingat dan mendoakan kebaikan untuknya. Pahalanya akan bertambah InsyaAllah


Wassalam

19 comments:

  1. Assalamualaikum..
    saya yang tenguk pun rasa gembira sangat...tak sabar nak tunggu 18 dis ni..pertemuan blogger di Bandar Baru Bnagi...jemput hadir..

    ReplyDelete
  2. Sy pasti En.Atok juga peramah orgnya.

    =D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah,,teringin benar cm nk ke sana,,

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum - semoga ukhuwah terus terjalin - ayahanda ni memang sangat peramah orangnya...

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Nyanyisunyi

    Alhamdulillah

    Insyaallah rasa2 nak hadir pd 18 dis nanti

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam Fara

    seorang yg pendiam...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam CM

    Insyaallah
    akan sampai tu nanti

    terima kasih beri no fon Ayahanda tu hari

    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Cikgu Sonata

    Insyaallah

    banyak cerita2 menari drp nya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Atuk;

    Alhamdulillah,seronok tengok, moga ukhwah berkekalan..

    ReplyDelete
  10. Salam cik rozali

    Tumpang seronok sama...hehehe
    Gulai daging umbut pisang sedap ...pasti berselera makan

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Ummiross

    kami seronok bersama Ayahanda dan Mak Wan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Shami

    teringat masa kecil2 dahulu, opah buatkan gulai umbut batang pisang

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Salam Atuk,

    Sampai jugak akhirnya..dah sampaikan ker salam akak padanya..semoga ukhwah berpanjangan

    nanti nak jugak rasa gulai umbut batang pisang tu..tak pernah rasa..

    ReplyDelete
  14. teringin nak jumpa ayahanda jugak..
    sebab teruja tengok lauk pauk yang terhidang tu..
    lauk kampung.. bestnye..

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Kak Sidah

    kebetulan hantar adik...

    kita tanya ayahanda respinya ...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam THAZ

    memang kelas Ayahanda...he he
    tak terbalas layanannya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Salam Lady

    bila2 Ayahanda sudi menerima tetamu
    istimewa gulai umbut batang pisang tu....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum atuk...alhamdullilah syukur semoga semuanya mendapat keberkataan...

    p/s sedapnya gulai daging sayur umbut pisang tu...terliur plak...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...