Friday, December 2, 2011

Majlis Walimah Adik Bungsu-4 (mengalu ngalukan tetamu)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Persiapan untuk menjambut adik ipar dan parajemputan telah disiapkan seawal pagi. Pukul 10.00 pagi orang kampung sudah mula datang. 10.30 pagi mengadakan majlis tahlil dan doa selamat sebagai permulaan majlis.

mengalu ngalukan kedatangan parajemputan

diantara tetamu yang awal

memohon agar majlis berjalan lancar serta mengeratkan silatulrahim

emak melayan tetamu


hidangan muslimin

gudis beg tanda terima kasih

tetamu dalam dewan

tetamu yang datang dari pakir sebelah rumah

tetamu memenuhi kemah sebelah kiri dan kanan dewan

mertua dan ipar adik yang ke 5, dari Jalong, N Sembilan

orang kuat/lama kampung (yang menyemarakkan masjid)

hidangan muslimat

mempersilakan tetamu/sepupu

mertua dan keluarga adik yang ke 4, dari Serdang, Selangor



Wajib hadir majlis kenduri kahwin

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."


Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:

"Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."


Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

1: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

2: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

3: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

4: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

5: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

6: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

7: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

8: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.


Kesimpulannya

Hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.

Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.

Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.

rujukan disini


Wassalam

24 comments:

  1. assalamualaikum atuk : alhamdulillah ramai tetamu datang, sampai ke luar2 dewan tetamu makan... hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahh! Panjang gak siri majlis walimah Atok nie.

    =D

    ReplyDelete
  3. Assalamualiakum..
    tahniah dapat adik ipar baru..dan alhamdulillah majlis selamat dilangsungkan..saya memang suka hadir bila ada jemputan tp kerap tidak dapat memenuhi kerana tiada kenderaan nk pegi...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikom atuk dan seisi keluarga,

    ni pertama kali sampai ke kampong gajah ( di alam maya ).......cantik kampongnya berbeza dengan srengenge yang berbukit-bukau........

    Selamat Pengantin baru

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Atuk;

    Alhamdulillah, seronok bila ada majlis macam ni, dapat bertemu saudara mara dan kawan2 jugak.
    Ada sesetengah tempat masih mengamalkan beberapa budaya yang mungkin tak berapa sesuai, berdoalah untuk mereka, moga adat ini kan ditinggalkan satu masa nanti.

    ReplyDelete
  6. salam kenal dan dofollow sini
    tahniah buat adik tu.. abah pun trima 2 menantu taun ni..tapi majlisnya buat bulan 2 taun depan sbb majlis kat rumah pompuan dulu.. alhamdulillah semua adik beradik dah selamat bertemu jodoh.. yupp salam jemputan wajib bersambut jika tiada keuzuran, tapi kalau dah 'trafik jem' sangat jemputan,..x terdaya gak nak pergi kann...

    ReplyDelete
  7. amboi atuk..segak berbaju melayu biru...

    ReplyDelete
  8. Salam cik rozali

    Meriah kenduri....

    wajah bondanya seiras dengan wajah cik rozali kita sejuk mata memandangnya..

    Sana serba kelabu
    Sini serba biru...meriah ...

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Afeezz

    Alhamdulillah...ramai
    mukin sebab yang bungsu...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Salam Fara

    ada lagi nanti...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Nyanyisunyi

    boleh tumpang2 kawan..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ayahanda

    yang ber bukit..kalau kat KL ni ...tinggi nilainya..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Ummiross

    saya cuma buat sendiri pelamin dlm rumah ajer...untuk keluarga

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Aiman

    salam kenal

    terima kasih sudi follow phd

    Insyaallah...tak lama lagi bulan 2 tu...

    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Salam Alin

    he he ...nak ambil berkat pengantin....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Shami

    Alhamdulillah
    ramai saudara dan kenalan dtg..

    Insyaallah...doa drp shami tu...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. salam THR,

    Amin..Barokallahulakum

    Terimaksih atas tazkirah dikongsikan> Insyallah sama2 amik iktibar.

    Amboi nampknya si baju biru sibuk sungguh...tak rugi pakai seragam nie ..senang jumpa tuan rumah. Bertuah noo adik beradik seiya sekata....Lagi beraoa tahun lagi, boleh sambut menantu pulak noo.. ooop sory...x lupa undang tau)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Atuk

    Hehe maksud ummi bukan majlis Atuk, maksud ummi ada beberapa tempat atau kampung di tempat ummi yang masih mengamalkan adat yang tak sesuai, maaf ye Atuk menyebabkan salah faham.

    ReplyDelete
  19. muda layie mak atuk yeee .. sihat :)

    ReplyDelete
  20. tahniah kepada pasangan pengantin - semoga sentiasa dirahmati Allah swt.
    Sibuk abang long layan tetamu.

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Ain

    yang bungsu kena geren sikit...he he

    menantu....Insyaallah
    ada jemputan tu nanti....he he
    (bayang2 pun x lagi)

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Ummiross

    ok ok ummi..takda hal punya

    kadang2 kita tahu dan tak nak buat, tapi orang tua2 nak teruskan adat2 yg kurang sesuai tu..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Salam Ieda

    emak kat kg tu, sihat2 orang tua ajer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Salam Cikgu Sonata

    Alhamdulillah
    amin amin

    abang long tu buat2 sibuk ajer...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...