Saturday, December 3, 2011

Majlis Walimah Adik Bungsu-5 (Pengantin Sampai)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah...cuaca cukup ceria, menyambut pengantin datang

menumpang di rumah jiran untuk memulakan perarakan

pengiring mempelai sudah siap sedia

kumpulan rebana dan tembakan senapang (tak ada meriam) mengiringi raja sehari dan rombongan menuju ke dewan makan

jom kita makan...pelawa raja sehari...he he

mempersilakan ibu bapa serta rumbungan pengantin menjamu selera



majlis kali ini merekodkan 9 daripada 11 keluarga mertua masing masing hadir menyerikan walimah adik bungsu kami



raja sehari ramah mesra denga saudara mara, jiran dan sahabat handai




masuk kerumah untuk sesi bergambar

keluaraga sebelah perempuan dihadapan pelamin, dalam rumah (buat sendiri) untuk ahli keluarga sahaja

balik semula ke dewan, untuk memotong kek yang ditaja oleh kakak kakak ipar

emak dikelilingi oleh 10 anak, 11 menantu dan 35 cucu
Alhamdulillah...Syukur

Alhamdulillah, tetamu yang datang cukup menggalakan, boleh dikatakan hampir semua jemputan hadir menyerikan dan memeriahkan majlis walimah adik bungsu kami, ini mukin juga disebab yang bungsu

terima kasih daripada kami sekeluarga


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "

- Ar-Rum : Ayat 21




“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib



Wassalam

7 comments:

  1. SALAM,
    MERIAHNYA... MENDOAKAN kuntuk pengantin ...KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT

    ReplyDelete
  2. simple tapi meriah, alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Atuk;

    Alhamdulillah, seronok kan ramai yang datang. Ummi suka gambar famili Atuk tu, emak dengan anak2 serta cucu2, meriah atuk!

    ReplyDelete
  4. wah. lembut jer pengantin biru :)

    ReplyDelete
  5. Salam cik rozali


    Meriah majlis kenduri

    Bila seia sekata
    adik beradik seisi keluarga
    itulah hasilnya
    biru tanda bersatu hati
    berpadu tenaga..meriahlah jadinya
    alhamdulillah
    tahniah...

    ReplyDelete
  6. besh kan berkumpul mcm neh...ank 10, menantu 11? ada menantu extra? hihihi...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum atuk...alhamdullilah selesai semua majlis perkahwinan adik atuk kan...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...