بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Pagi sabtu saya menuju ke Teluk Intan bersama isteri dan dua orang anak ke rumah sepupu yang mengadakan majlis walimah anak keduanya. Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan saudara mara.
Cerita punya cerita, tak sedar dah nak Asar, kami minta diri untuk balik ke kampung, rumah mak, untuk makan buah durian dan rambutan.
tugu buah durian, mercu tanda Pekan Kampung Gajah
suasana sekitar Jalan Seberang Perak, pada musim buah durian
berdekatan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak
pagi ahad kami berempat telah berada di kebun
semalam telah maklumkan kepada penjaga kebun, kami minta izin untuk mengutip durian, untuk memberi pengalaman kepada anak anak
nak mersa makan di bawah pokok durian
buah dah berkurangan, kerana dah hujung musim
memikirkan...larat ke nak pikul ni....
anak yang bungsu berkata, lain kali tak nak datang lagi le...
sukarnya pekebun mengeluarkan buah daripada kebun
peraih ambil cuma RM0.50 - RM1.00 sebiji
sampai kat KL harganya dah menjadi RM5.00 - RM10.00 sebiji
seminggu tak habis bau durian dalam kereta ni...
masa untuk makan.... sambil tu, ada yang dikopek dan dimasukan dalam bekas, mana yang elok buahnya, bawa buah tu ke KL dan agih agihkan kepada adik adik 2, 3 biji seorang
'menetak' pokok rambutan pula
musim akan datang, Insyaallah, ia akan rendang
selalunya, anak anak masa ini tak berupa nak makan
tapi bila sampai kat KL, tak cukup cukup nak makan....
selepas Zohor, kami berangkat balik ke KL
tugas nak hantar buah buah ni kepada adik adik pula
Terdapat peringatan di dalam al.Quran yang bermaksud;
"(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (22)
(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya (23)
(Surah Muhammad).
Peringatan dari al.Hadis;
" Tidak masuk syorga orang yang memutuskan silaturrahim"
WASSALAM
assalamualaikum atuk : setuju bebenor lah... kalau bawak durian balik KL, seminggu bau tak hilang dalam kete.. hehehe... ape2 pon yg penting.. puas memakan
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk;
ReplyDeleteRupanya kampung Gajah terkenal dengan durian ye, nanti bila ummi ziarah anak di UTP boleh lah singgah cari durian di Kampung Gajah, hehe
assalamualaikum atuk..
ReplyDeletesungguh walau sy duk kampong, sy tak pernah mengutip durian gugur huhuuhhhh
assalamualaikum atuk ..... saya pun x suka pergi kebun durian..... selalu husband pujuk x payah buat apa teman dia jer..... duduk jer.. sekarang ni kan musim......... sampai jiran kebun call nape x dtg pungut durian, banyak dah luruh..
ReplyDeleteSalam cik Rozali
ReplyDeleteKemas beruniform tu....hehhehe makan durian bawah pokok best sangat2 ....
Cuti hujung bulan ni nak ajak Pak Ngah lalu kat area kg gajah lah......
Assalamualaikum,
ReplyDeleteWah! tegok tugu buah durian tu pun dah rasa sedap... :-)
Dah dekat dengan lokasi ckLah ni. Nanti nak carilah rumah bercat putih tu. Hehe
ReplyDeleteUrmmm... bestnya durian.. Anugerah Alam..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum THR
ReplyDeleteRajin balik kampung musim durian ;)
Salam :D..
ReplyDeletebanyaknye durian..
lady x pernah ada pengalaman gi kebun durian..
tempat lady xde kebun.. ade rumah2 jerk..
assalamualaikum..
ReplyDeletesukarnya pekebun mengeluarkan buah daripada kebun
peraih ambil cuma RM0.50 - RM1.00 sebiji
sampai kat KL harganya dah menjadi RM5.00 - RM10.00 sebiji
..ketidak adilan ini kadang2 menyentuh hati saya.. harga yang pemborng beri kpd org kampung jauh lebih murah.. kononnya, durian tak berapa laku.. jual pun harga tinggi sikit je.. seolah2 orang kampung terlalu bodoh untuk diperbodohkan..
wah bestnya atuk , banyak buah2an...
ReplyDeletesalam
ReplyDeletedurian kat perak macam dah takde gere sekarang..selonggok lima ringgit
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDapat makan yang kucing tido, sepangse dah cukup, alhamdulillah.