بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Ahad malam yang lepas menghadiri majlis walimah anak kawan kepada isteri saya di Kampung Pengantin, Setapak, KL
titik mula pertemuan doktor dengan doktor di Hospital Labuan
Siapa suami?
Lelaki yang mengucapkan qabul (akad terima) janji perkahwinan dengan seorang gadis atau wanita tertentu. Termasuk dalam definisi ini juga lelaki yang ‘dipaksa’ menikahi atau mengahwini gadis/wanita yang bukan pilihannya.
Kelayakan sebagai suami
Tidak semua lelaki layak menjadi suami. Kelayakan menjadi suami bukan terletak kepada umur, pangkat pekerjaan, banyaknya harta atau kacak paras rupa.
Syariat Islam menetapkan terdapat lima hukum asas bagi seseorang lelaki yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Hukum asas inilah yang menjadi pertimbangan kelayakan seorang lelaki untuk berkahwin dan memegang status seorang suami.
Kenapa hanya lelaki? Kerana lelaki adalah ketua keluarga dan bila ketua adalah seorang yang betul-betul layak, insyaAllah ketua ini akan mampu melayarkan bahtera rumahtangganya berlandaskan kehendak syariat dan mampu merealisasikan perkahwinan menepati prinsip dan hikmahnya.
Lima hukum tersebut ialah wajib, sunat, haram, makruh dan harus.
Wajib - apabila lelaki itu mampu dari segi fizikal dan kewangan malah dibimbangi sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.
Sunat - lelaki yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin. Bezanya mereka tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.
Haram - lelaki yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga bagi lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.
Makruh - lelaki yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
Harus - lelaki yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.
rujukan disini
WASSALAM
Wow! Ctknya majlis kawen tu. Nama kampung pun menarik. Kampung Pengantin. Hiks~
ReplyDeleteSalam Fara
ReplyDeleteongkosnya pun cantik dan menarik...he he
terima kasih
Wassalam
assalamualaikum atuk : saya masuk dalam kategori maner tuh???
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteTahniah pada pasangan..insyallah kekal hingga akhir hayat dalam keberkatan Allah Taala..
Zaman sekarang ramai yg dalam kategori makruh rasanya...
Assalamualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteWooow, menakutkan majlis walima sekarang ni Tuan Haji. Salah sorang sepupu saya pun nak buat resepsi kat hotel kot sbb dia tanya nama dan alamat sorang2. Tang hukum tu, ramai yg tak tau. Taunya nak nikah jer, syarat marat dan tanggungjawab hampeh. Tima kasih berkongsi maklumat.
Waalaikumusalam Afeezz
ReplyDeleteAfeezz mukin kategori sunat dah nak hampir ke wajib....he he
terima kasih
Wassalam
uishh kalau para lelaki baca , suke nie ekekke :)
ReplyDeletehurmm cantik pelamin dia .. saya punn terpegun tgk
Salam Diana
ReplyDeletekita makan pun selera, tenguk suasana macam tu...he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Nyanyisunyi
ReplyDeleteamin amin
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Hajjah Yong
ReplyDeletemenyeramkan
majlis ni hampir mencicah RM100k
terima kasih
Wassalam
Salam Ieda
ReplyDeleteperingatan kpd yg belum kahwin lagi
terima kasih
Wassalam
Assalammualaikum atuk,
ReplyDeletetahniah buat pasangan pengantin semoga kekal bahagia hingga ke syurga InsyaAllah.
salam atuk
ReplyDeletekg pengantin, nostalgik nama kg itu
Assalamualaikum Atuk;
ReplyDeleteunik kumpulan Scotland Bag Pipe tu atuk..
Assallamualaikum Rozali,
ReplyDeleteHebatnya majlis itu..
Tahniah, sangat cantik,
N3 tentang suami yg amat bagus dan perlu dibaca untuk semua sang suami.
Majlis di rumah mama nadz hari tu biasa-biasa sahaja..orang kampung!
Waalaikumusalam Nieza
ReplyDeleteamin amin
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam THAZ
ReplyDeletetengah popular tempat tu...
(bagi orang yg mampu)
kena tempah awal2
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiros
ReplyDeletesaya baru pertama kali lihat tu..
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Nadz
ReplyDeleteibu bapa yg mampu..anak2 menjadi ..duduk KL pula tu...
orang kampung selalunya gotong royong, jadi meriah pula..
terima kasih
Wassalam
Salam Atuk
ReplyDeleteMeriahnya , tapi takut pulak tgk ongkosnya..
Moga mereka bahagia.
Tkasih
SALAM,
ReplyDeleteMAAF LARI DRPD FOKUS ENTRI. DGN HORMATNYA NAK JEMPUT ATUK DAN KELUARGA KE PERJUMPAAN 18 DIS INI. LF NAK BERBUAL PANJANG DGN ATUK.
Assalamualaikum Atok ,
ReplyDeletemajlis itu sungguh gah nampaknya,
moga pengantin sentiasa berbahagia,
namun pesanan jangan dilupa,
kepada yg sudah berumahtangga atau belum berpunya.
assalamualaikum atuk...betul tu semuanya mesti ada pada pihak lelaki kerana lelakilah yang akan menjadi ketua dlm keluarga...:)
ReplyDeletesalam
ReplyDeletekalaulah semua lelaki/suami faham akan tanggungjawab dan amanah ALLAH...nescaya kadar penceraian tidak naik mencanak seperti kebelakangan ni...
saya amat sedih melihat suami2 yg DAYUS,yakni suami yg rela dan reda melihat isteri ingkar perintah ALLAH...bagaimana mahu menjawab didepan ALLAH kelak?
Waalaikumusalam Mama Ju
ReplyDeleteInsyaallah
mama ju pun mampu juga...
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam LF
ReplyDeleteInsyaallah saya datang
dah daftar dah...
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam PCL
ReplyDeletemereka mampu.....
pesanan untuk saya juga tu....
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Mama
ReplyDeleteInsyaallah
suami mama adalah seorang lelaki yg soleh
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kamsiah
ReplyDeleteInsyaallah
semua lelaki teman2 kita antara yg terbaik
terima kasih
Wassalam
nak jadi seorang yg bergelar suami ni, besar tanggungjawab dia..
ReplyDelete