Monday, December 19, 2011

Salam Bersambut, Ukhwah Bertaut

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah saya dapat hadir ke Pertemuan Blogger, pada 18 Disember 2011, di Musollah Ehsan, No 8, Jalan 3/6F, Bandar Baru Bangi. Rumah tuan blog LUAH FIKIRAN. Denga tema 'Salam Bersambut, Ukhwah Bertaut'.

Sebelum ini saya kenal di alam maya cuma LUAH FIKIR, kemudian diikuti beberapa blogger lain





Terima kasih kepada semua yang telah berjaya menjayakan pertemuan bersejarah ini
Maaf, saya kurang menyapa pada pertemuan semalam, pemalu orangnya...he he ...maklumlah baru pertama kali berjumpa




Silaturrahim (kasih sayang) akan membawa kebahagiaan bagi seseorang. Allah memberikan kemudahan rezeki dan melanjutkan usia seseorang yang melakukanya.

Sabda Rasulullah saw;

" Barangsiapa yang ingin murah rezeki dan dilanjutkan umur (usianya) hendaklah ia menghubungkan silaturrahim"

Riwayat Al Bukhary.


Bila terjalinnya silaturrahim urusan yang berkaitan sesama ahli keluarga dan sesama muslim akan berjalan lancar, mudah dengan berkat silaturrahim yang berjalan. Bila lancar , semua urusan pekerjaan menjadi mudah dan lancar, maka umur tak akan sia-sia.Usia dan umur pun dapat dipergunakan dengan sesuatu yang bermanafaat., dan selama waktu hidupnya dapat dimanafaatkan dengan sesuatu amal perbuatan yang berguna. Itulah yang dinamakan panjang umur! Kerana hakikat umur panjang ialah bagi mereka yang banyak amal perbuatan yang baik, yakni mereka yang menmanfaatkan umurnya dengan kebaikan.


Allah melarang memutuskan silaturrahim sesama islam kecuali uzur
syar'i.

Meghubungkan silaturrahim ialah dengan jalan hormat menghormati sesama kita muslim seperti hormat kepada tamu, hormat kepada jiran dan menjalinkan persaudaraan serta bebaik-baik terhadap ahli keluarga, dengan mengadakan hubungan ziarah menziarahi dengan niat untuk berkasih mesra atau bersilaturrahim terutama antara sesama saudara sekturunan (keluarga serumpun).




WASSALAM

40 comments:

  1. SALAM,
    AMAT GEMBIRA DAPAT BERTEMU DGN ATUK SEMALAM ... TETAPI KITA TAK BERBUAL LAMA. INSYAALLAH AKAN CALL ATUK DALAM MASA TERDEKAT UTK BERBUAL LEBIH LAMA. LF SUKA MEMBACA ENTRI2 ATUK. DI LAIN PERTEMUAN, LF NAK CADANG ATUK MENYAMPAIKAN TAZKIRAH

    ReplyDelete
  2. Salam Atuk...


    Orang pemalu tu duduk tengah-tengah lah...hehe

    ReplyDelete
  3. salam atuk

    pasal pemalu la , gambar saya pun tak pernah keluar hehehe

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum atuk,
    seronoknya saya tgk atuk dapat berjumpa ramai kwnx2 blogger tu..dr alam maya ke alam realiti..semoga ukhwah yg terjalin diberkati ilahi ..insyaAllah:)

    ReplyDelete
  5. Mungkin lain kali kita dapat berborak panjang...

    Salam atuk!

    ReplyDelete
  6. salam tuk

    sgt2 jelesss wokeh ! :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Atuk..

    Bestnya..,ramai jugak yang datang ye Atuk. Semoga ukhwah berkekalan.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk...wah bestnya dpt jumpa ramai blogger...:)

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Diana

    Diana ada ke hari tu..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Datuk LF

    saya kagum melihat kehidupan Datuk

    tazkirah tak pernah dibuat...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam ckLah

    he he
    kalau tepi ...lagi malu...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Pak Itam

    kalau bertembung...pak itam kena tegur saya dulu...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Nieza

    Alhamdulillah
    seronok ...alam maya ke rialiti

    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Uncle

    Insyaallah...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Imanshah

    meriah....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Ieda

    Insyaallah
    bertemu di perjumpaan yg lain pula

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Ummiross

    ramai juga....

    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Mama

    seronok dan mesra...
    bila nak jumpa mama yer...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. waa best.. teringin jugak nak join blogggest berkumpul nie lain kali

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum - seronok bertemu bloggers - terasa seperti pertemuan PDKM dulu. Mulanya saya nak join jugak - tapi dalam masa yang sama ada majlis anak saya pada hari yang sama!

    Happy birthday kepada anak Atuk yang sama tarikhnya dengan saya....(lupa pulak namanya...)

    ReplyDelete
  21. tidak pernah lg jumpa blogger.. huhu..

    ReplyDelete
  22. err...sy lom komen td? sabo ajer... tqvm atas pujian ikhlas itu, atuk... doa2kan supaya sy tidak riak yer? amin3.... (sudah takot ngan pujian....huhuhhu)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum saudara razali,

    Tahniah di atas ntat dan usaha murni sdra.semoga istiqamah dengannya.
    barakallahufik

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Atuk..
    saya terpandang2 rasa mcm nk tegur tapi segan2 lah pulak...mata saya rabun nak tenguk tag nama..jadi sy agak2 je..

    ReplyDelete
  25. Salam perkenalan Atuk...:)

    Maaf sebab kelmarin masa di rumah Dato memang tak byk borak, sebab sebelum ni tak pernah berkunjung ke blog Atuk...moga kita lebih berkenalan selepas ini :)

    ReplyDelete
  26. Bestnyaa ada gathering blogger..:)

    Salam perkenalan dari saya..blogger baru..:D follow sini juga..;)

    ReplyDelete
  27. Tp En.Atok...kita bertegur sapa. Dan terima kasih byk2 sbb sudi rasa rendang saya. Satu perkara, sy gembira sgt dpt jumpa dgn En.Atok! Heeeeee~

    ReplyDelete
  28. Salam Al Qassim

    boleh join bila2 masa
    Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Waalaikumusalam Cikgu Sonata

    suasana sama macam geng PDKM, tapi yg ini saya baru join dgn mereka, segan2 lagi...he he

    saya pun dah lupa...maaf
    SELAMAT HARI ULANG TAHUN CIKGU SONATA
    moga sihat gembira selalu

    nama anak saya Ammar

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  30. Salam Zul

    cuba2 la sekali
    seronok, gembira....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  31. Salam Ayu

    dari hati yg ikhlas
    Insyaallah, tidak riak
    moga diberkati

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  32. Waalaikumusalam Ustazah Supiah

    salam ukhwah

    amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  33. Waalaikumusalam Nyanyisunyi

    rugi saya, NS tak tegur saya

    tenguk dlm senarai hadir...ada
    dlm hati cakap boleh jumpa ni..
    maaf tak berupa cam hari tu...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  34. Waalaikumusalam Daddy

    Insyaallah
    kita eratkan ukhwah

    terima kasih sudi bertandang

    Wassalam

    ReplyDelete
  35. Salam Lyza

    boleh join kami nanti
    Insyaallah

    terima kasih sudi bertandang

    Wassalam

    ReplyDelete
  36. Salam Fara

    saya dengar orang panggil Fara
    ini misti PAA
    tekaan saya betul

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  37. semoga silaturahim yg terjalin diberkati olehNYA.. terima kasih atas perkongsian yg baik ini... Minta maaf hari tu tak bertegur sape pun.. saya pun pemalu.. he..he..

    ReplyDelete
  38. salam atok, dgn pcl ok jer pon sembang2.....terima kasih , saling mengenali...teruskan ukhuwah kita.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...