Thursday, December 1, 2011

Majlis Walimah Adik Bungsu-3 (Kg Gajah)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Walimah adik bungsu telah diadakan pada 27 November 2011 (ahad) bersamaan 1 Muharam 1433 H, di kampung kelahirannya, Kampung Gajah.

Saya sampai ke kampung agak lewat, petang sabtu, kerana ambil Kak Yang di UPM yang habis kelasnya pada pukul 1 petang

Kak Ngah tak dapat hadir, kerana jauh, Kak Uda pula kebetulan ada peperiksaan di matriknya.

persiapan di dewan

mencuci telur masin

merebus telur

membuat dadih

sampai sampai terus adap durian

kopek gunakan pengopek kelapa

tahun ni buahnya agak menggalakkan

menyiapkan bunga pahar (telur masin)

tradisi kampung kami adakan permainan rebana pada malam sebelum hari walimah

'penyedak' alat memasukan rotan kecelah kulit rebana untuk menegangkan kulit rebana

pelapis baru dalam kumpulan rebana

anak anak mengadap tv sahaja musim cuti sekolah ni


WALIMAH MERUPAKAN IBADAH

Walimah berasal dari kata “Al Walam” yang bermakna Al Jamu’ (berkumpul). Sebagian ulama berpendapat bahwa hukum melaksanakannya adalah sunnah mu’akad berdasarkna hadist Rasulullah kepada Abdurrahman bin Aub : “Selenggarakan walimah walaupun hanya dengan seekor kambing”.

Ucapan akad nikah dan walimah merupakan acara ritual atau ibadah yang disyari’atkan dalam Islam sehingga penyelenggaraannya harus tertib. Sebagaimana sebuah ibadah, seperti halnya zakat, puasa, ibadah haji, dan sebagainya, penyelenggaraan pernikahan telah diatur tata cara serta rukunnya dalam syari’at Islam sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah Saw dan para sahabat. Pelanggaran terhadap pelaksanaan rukun-rukun menyebabkan tidak sahnya sebuah pernikahan secara syar’i.

Sehubungan dengan walimah, adat kebiasaan masing-masing daerah dapat dipertahankan bahkan dilestarikan sepanjang tidak menyalahi prinsip ajaran Islam. Dan apabila adat kebiasaan yang berhubungan dengan walimah tersebut bertentangan dengan syari’at Islam, setuju atau tidak, harus ditinggalkan.

rujukan disini

Wassalam

22 comments:

  1. Salam THR

    Seronok makan doghian ye?
    Sudah jadi kelaziman masyarakat kita, kenduri kahwhin diadakan pada musim cuti sekolah.

    ReplyDelete
  2. salam
    satu 'adat' kita...yg dah jadi 'kebiasaan'...permulaan majlis ,bacaan doa...tp akhir majlis...joget lambak la,nyanyian la...ishh tak berkenan la...

    ReplyDelete
  3. ...meriahnya majlis kawen! Sy rs ms sy kawen dulu tak semeriah nie. Bila tiba mlm, sepi je. Hahahah!

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam THMSH

    kebetulan musim doghian..he he
    banyak pula buahnya kali ni..Alhamdulillah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Kamsiah

    Alhamdulillah
    kampung saya tak ada joget2 tu...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam Fara

    ramai adik beradik...11 keluarga
    termasuk 2 keluarga mertua adik datang menolong dan tidur

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum atuk : part makan durian tu yg paling best kan.. hehehe

    ReplyDelete
  8. dah lama tak de orang main rebana kat kenduri kampung saya..dulu2 masa kecik ada la..
    sekarang tak de dah..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Atuk..

    Meriah nampaknya majlis, yang seronok dapat berkumpul beramai2 tu kan..

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Afeezz

    acara pertama bila sampai ke kg...he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Saiazuan

    tengah musim luruh sekarang niii

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ummiross

    berkumpul 11 keluarga
    bermacam2 gaya anak2 saudara buat... he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. salam THR,

    amboi berbaloi2 pulun balik nooo...buah durian pulak menunggu..mngg bestlaa sbg santapan.

    selamat menerima adik ipar ye..

    ReplyDelete
  14. Salam cik rozali

    Acara makan durian, penjana cas bekerja rewang kut hehehehh

    Meriah persiapan kenduri tu...

    psst kalo banyak doghian tu bawa2 ler kenduri kat kl ngan kawan lak amacam afezz heheh

    ReplyDelete
  15. Assalam atuk, meriahnya tgk suasana di kg...teringat pula saya pada kg halaman.seronok bila tgk suasana gotong royong gitu.menarik guna telur masin utk bunga pahar.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Ain

    sesekali balik kg..
    kena pulak musim buah
    pulun sakan...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Shami

    dah ramai.... bila kopek ajer habis ...tak dan nak bawa ke kl...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Nieza

    ubah selera ..guna telur masin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. assalam atuk

    wah bestnya durian...sy suka durian kampung.

    majlis ni kiranya mcmjemput menantu lah ye...tahniah utk adik atuk.

    maaf dari sy kerana jarang dtg & komen.

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Sharifah

    kira2 mabuk durian le..he he

    datang la..bila2 senang..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum atuk...seronoknya jika majlis begini dilakukan dikampungkn lebih meriah lagi...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...