Wednesday, December 7, 2011

Manisnya Ukhwah Bersama Ayahanda Srengenge 2/2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Suara azan Subuh dengan jelasnya dari masjid berhampiran mengejutkan kami daripada tidur. Disahut dengan kicauan burung yang keluar daripada sarangnya.

Nyamannya kami berada di Srengenge, Banggol Derdap

sementara anak anak berkemas, kami dibawa
melawat ke kebun sambil menghirup udara pagi yang nyaman


sarapan pagi dikelilingi kehijauan

masa untuk berpisah

tanda ingatan untuk Ayahanda

istimewa untuk Mak Wan

harap harap kuda putih akan ke Banglo Srengenge lagi

moga kereta antik akan menziarah kami di KL

kenanggan indah di Banglo Srengenge

moga ukhwah terus indah

Insyaallah berjumpa lagi

Insyaallah, dengan izinNya, Banglo Srengenge sudi menerima kami lagi

didoakan agar pasangan bahagia ini akan terus bahagia hingga ke Syurga, amin

dihadapan Rumah Gemilang



Ciri-ciri seorang sahabat yang baik:

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

rujukan disini


Wassalam

18 comments:

  1. Salam cik rozali

    Tahniah..perjalanan walimah bersulam mengeratkan ukhwah.

    ReplyDelete
  2. Aslkm Atuk

    Atuk ni bestlah. ke mana2 ingat persahabatan.
    Moga ukwah tu berterusan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Atuk.......... Banggol Dedap ? Ranjau Sepanjang Jalan.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum atuk..

    cantik tempatnya , mesti tenang semasa berada di sana kan..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Atuk

    Nampak tenang suasana di Srengenge, moga ukhwah terus indah..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Shami

    2 dlm 1 tu...he he
    Alhamdulillah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Mama Ju

    berkawan dgn orang baik..Insyaallah kita dapat tempiasnya...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Ibu Guru

    masih ingat lagi yer...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Nab

    Insyaallah
    lepas ni nak ke Kuantan pula....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Amy

    berhampiran pekan sik, tapi nyaman dan tenang

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Ummiross

    Insyaallah...berterusan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. untungnya bila ada sahabat yang baik...
    susah nak jumpa la..
    yang ramai cuma kawan yang baik sementara..

    ReplyDelete
  13. bukan senang nak cari sahabat yang betul2 setia kan atuk :)

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah krn Allah kurniakan rezeki dgn memberikan saya beberapa insan yang layak dipanggil 'sahabat'.. malah saya sentiasa ingin menjadi sahabat..

    srengenge novel yang hebat !

    ReplyDelete
  15. semoga persaudaraan yang terjalin semakin erat dari masa ke masa.. :)..

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum atuk...alhamdullilah semoga ikatan persahabatan itu tetap akan dikekalkan selama-lamanya...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...