Tuesday, December 20, 2011

Menikmati Cendol Bakar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam bersama kawan memandu menuju ke Pantai Indah Seaview Resort, Jalan Kapar, Pantai Remis, Kuala Selangor.


Terlihat iklan cendol bakar
wawwww, mablos ni

Setelah selesai urusan dengan resort berkenaan, semasa pulang ke KL, kami sempat singgah ke gerai cendol bakar

Terletak di Jalan Kapar, antara Kuala Selangor dan Jeram
Batu kilomiter di tepi jalan mencatatkan 35 km ke Klang














disini timbul kemuskilan



Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar.

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:


"Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya"

(Hadis Riwayat Bukhari).


Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain, khasnya pengguna.




Unsur-unsur tipu daya atau helah juga patut dielakkan oleh peniaga, ini kerana ia boleh menghilangkan keberkatan di dalam perniagaan.

Rasulullah SAW telah bersabda yang berbunyi:

"Barangsiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami"

(Hadis Riwayat Muslim).


Hadis ini timbul daripada satu peristiwa yang berlaku di sebuah pasar di zaman Rasulullah SAW, di mana Baginda telah mendapati seorang peniaga telah melakukan penipuan dengan meletakkan gandum yang basah di bahagian sebelah bawah dan gandum yang kering di bahagian atasnya.



WASSALAM

31 comments:

  1. ermmm.... cendol encik bakar ker? tp mesti sedap.. nyam3

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk...mama ingatkan cendol tu betul dibakar nak tahu gak rupa-rupanya tuan nyer yg nama Bakar.....hehehheeheh...

    bestnya tengok cendol tu ....:)

    ReplyDelete
  3. Hj Rozali,

    Ni kat kg arwah ibu saya, Batu 18,Jeram .. saya dah dekat 20 tahun tak ke sini....mesti nak try jugak ni...tqvm for the info

    ReplyDelete
  4. Salam Afeezz

    ramai pelanggannya yg hendak mencuba

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Mama

    saya jenuh sekoding nak ambil gambar masa dia bakar cendol tu...tapi... roti yg terbakar...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam En Rosli

    Jeram sekarang dah banyak berubah
    banyak pembangunan...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam,

    En.Atok keje ape ye? Sy tgk entri En.Atok byk g jln2. Seronok betul!

    ReplyDelete
  8. ASSALAM ATUK..
    INGATKAN CENDOL TU DIBAKAR
    RUPENYE NAMA ORANG..HIHI
    KONFIUS...

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Fara

    kerja kat pejabat
    ini pergi survey resort..nak buat hari keluarga

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Sharifah

    ramai yg nak mencuba

    harap2 ini bukan penipuan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. wah tambah semuo nyer free...dasat...

    ReplyDelete
  12. Salam Tn.Hj,

    Ada tarikan utk baca N3 ini,
    Berniaga sambil bersedekah tak ramai yg mengamalkannya....

    Semuga rezeki En.Bakar bertambah,amal jariah
    sebegini diteruskan....

    ReplyDelete
  13. salam atuk,

    sehari dua ni sibok sikit....tak dapat singgah.......pertemuan alumni buat kat sungai Petani.

    moga semua sihat.....wassaloam

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum atuk..

    dekat dgn uma mak saya kat kampong bukit kapar...

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Papa Mifz

    he he.......
    strategi tarik pelanggan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Salam Imanshah

    kena pi rasa......he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Rozila

    terima kasih sudi datang

    Insyaallah
    rezeki beliau bertambah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Ayahamda

    saya perhatikan setiap n3 bab alumni tu..
    tentu seronok jumpa kawan2 lama

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Sahrom

    boleh singgah selalu..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. tuk ... saya ingatkan cendol betul2 di bakar tadi ekkeke :)

    ReplyDelete
  21. ingtkanbetul2 bakar..
    teringinjugak nak raser :D..

    ReplyDelete
  22. Salam Ieda

    itu yg buat kami singgah..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Salam Lady

    saya antara yg terpedaya...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam Panglima Muda

    gimek ajer...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  25. Salam THR

    Bakar apa En Khabar? Hehe

    Yang bestnya -- tambah percuma.

    ReplyDelete
  26. Waalaikumusalam THMSH

    moga niat mereka ikhlas...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  27. atuk, kalau kelapa bakar tu mmg real dibakar...ini cendol lainnya boleh tambah percuma...nak yang percuma saja boleh atok ?..haha..

    ReplyDelete
  28. apa kena mengena penggunaan hadis tu dengan cerita cendol bakar yg nampak sedap ni. takyah la guna.. takut jadi fitnah plak

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...