Sunday, September 2, 2012

Majlis Sambutan Aidil Fitri Jabatan 1/3

 Persedian Awal (29 Ogos 2012)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Jabatan kami telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 30 Ogos 2012 yang lepas. Kami mengamalkan satu seksyen satu gerai dan satu menu.

Tahun ini seksyen kami menyediakan roti jala, kuah kari dan kuah durian. Setelah mengadakan beberapa kali perbincangan, keputusannya kami buat sendiri.

Antara tugas-tugas yang dibahagi-bahagikan seperti bahagian pesedian menu, Tema, perhiasan gerai, promosi, penjaga gerai, logistik, kebersihan dan pelapor. Pada hari ini tak kira pangkat, kami semuanya turun padang, sama-sama bergotong royong, Alhamdulillah

Piring ditag dengan nama seksyen

 Perhiasan

Promosi

Perhiasan gerai

 pesedian kuah kari

 potong daging ayam saiz dadu

 Test Food



Amalkan membaca doa Nabi ini ketika menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan seperti semasa mengadakan kerja-kerja gotong-royong.

Doanya ialah,

" Wahai Tuhan, jika tidak kerana Engkau, tidaklah kami dapat hidayah, dan tidak pula kami dapat bersedekah dan bersolat, maka turunkanlah ke atas kami ketenangan, dan tetapkanlah kaki-kaki kami jika kami bertemu musuh. Sesungguhnya musuh telah pun melanggar kami, jika mereka hendak menjerumuskan kami ke dalam fitnah, kami tetap dengan pendirian kami."

Riwayat al-Bukhari.



WASSALAM

8 comments:

  1. bestnya keja dlm dept yang boleh buat aktiviti macam ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norh

      dapat eratkan lagi hubungan pegawai dan kakitangan..Insyaallah

      Delete
  2. Assalamualaikum Atuk..

    Salam merdeka atuk. Seronoknya dapat bergotong-royong macam tu, rasa nak tumpang raya sekali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ummiross

      tahun depan boleh join sekali....

      Delete
  3. assalamualaikum atuk

    meriahnyer sambutan raya di jabatan atuk...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk...
    kalau kat tempat saya, jarang lelaki join sekali buat kerja dapur...hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Cik Marikh

      he he ...disini Alhamdulillah
      lelaki jadi ketua masaknya..

      Delete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...