Friday, May 4, 2012

Kuching Sarawak 2012 - Jong's Crocodile Farm & Zoo


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ketiga dan sebelum penerbangan balik ke KL pada pukul 7.00 malam. Saya sempat ke Jong's Crocodile & Zoo yang terletak kira-kira 29km dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa 20 minit dengan menaiki kereta

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.jongscrocodile.com


Ketibaan kami disambut oleh seekor buaya replika yang terletak di perkarangan pintu masuk utama. Tempat letak kereta agak lapang bermakna tidak ramai pengunjung melakukan lawatan, mungkin disebabkan pada hari ini hari bekerja.

Harga tiket masuk
pelancong luar adalah RM16.00 seorang (dewasa)
RM8.00 seorang (kanak-kanak).
penduduk tempatan (Sarawak) RM10.00 seorang (dewasa)
RM5.00 seorang (kanak-kanak).

Sebelum memasuki pengunjung akan dipakaikan dengan tag tangan. Ini adalah untuk tujuan keselamatan dan tanda telah membayar tiket masuk.

Antara gambar-gambar dan bahan awet yang terdapat selepas pintu masuk








anak-anak buaya yang berumur daripada 1 tahun dan keatas yang diasingkan kolamnya



kura-kura

beruang

burung merak, ayam hutan dan lain-lain

sekitar ladang diiasi dengan landscape 


terdapat gerai jual makanan ringan dan minuman

penambahbaikan

peta tunjuk arah


dalam Ladang Buaya Jong & Zoo terletak reserved sebidang hutan hujan semulajadi di mana pelawat boleh mempunyai pengalaman yang mempesonakan berjalan bebas di sepanjang jambatan kayu di laluan berjalan kaki di kalangan haiwan dan hidupan liar.

menikmati tempat perlindungan yang disediakan oleh hutan hujan, menonton reptilia, mendengar bunyi serangga.




burung hantu

kucing apa ...dah tak ingat pula



Sabda Nabi SAW:

“Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram“.

(Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani).




Kata Ibn al-Athir: “iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. 




WASSALAM

16 comments:

  1. Replies
    1. Waalaikumusalam Pak Itam

      kucing hidup tu...he he

      Delete
  2. Salam En Atuk,

    Mcm tak tersusun je ladang tu. Nmpk kotor. Huhuhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Fara

      yang itu hutan semula jadi, memang mereka buat macam dlm hutan betul...

      Delete
  3. nampak macam tak terurus la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana

      kehidupan semula jadi tu.....macam dalam hutan betul2

      Delete
  4. assalamualaikum atuk...wah seronoknya atuk dpt jejalan n dpt tengok muzium buaya di Sarawak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mama

      seronok juga...
      zoo yg dekat dgn rumah di sini tak pernah masuk pun....he he

      Delete
  5. gambar mangsa buaya tuh mengerikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Papa Mifz

      gambar tu pernah masuk surat khabar

      Delete
  6. Assalamualaikum Atuk..

    Tak jauh jugak dari rumah ummi tinggal kat Sarawak dulu ni Atuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ummiross

      selalu laaaa Ummi pergi dulu yer...he he

      Delete
  7. Salam Atuk,

    Takut dan insaf tgk buaya mkn org!
    laut punggur tu kat kg sayalah, tak de nya Atuk sampai kat sini...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Mama Ju

    mana tahu dapat menantu di laut punggur...he he...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Atuk..

    Seronoknya sampai ke sarawak. Akak kena baca N3 Atuk Dari hari pertama ni baru lengkap. :)

    ReplyDelete
  10. uihhhh ye lahhh tertanya-tanya pasal kucing tu....

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair seat kereta berlubang

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...